Ahlan Wa Sahlan!

 

 

السلام عليكم ورحمة الله

 

 

 

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang menemukan kita di alam nyata dan alam siber. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

 

Sebagai seorang ahli usrah Ali, saya mengalu-alukan semua rakan-rakan, yang baru dan lama untuk terus atau mula hadir program-program usrah kita di Doha ini. Pada masa ini, terdapat tiga lagi kumpulan usrah lain iaitu usrah Abu Bakar di bawah pimpinan Dr. Azhar, usrah Usman di bawah pimpinan tuan Hj. Tajul Ariffin dan usrah Dukhan di bawah pimpinan Tn. Hj. Khairil.

 

Usrah adalah perkatan bahasa Arab yang bermaksud keluarga. Antara matlamat utama usrah kita adalah seperti berikut:

 

  • Mengeratkan ikatan ukhuwah antara kita sebagai satu keluarga besar.
  • Usrah sebagai satu medan perkongsian dan penyebaran ilmu yang bertepatan dengan keperluan masyarakat kita di Doha.
  • Usrah sebagai satu platform tarbiah, perjuangan da’wah, amar ma’ruf nahi munkar, amal jariah.

Alhamdulillah, pengisian majlis ilmu kita setakat ni dibuat oleh ustaz jemputan dan juga oleh ahli-ahli usrah sendiri secara sukarela dalam pelbagai topik. Mudah-mudahan pendekatan “by the members, for the members” ini menambah redha Allah pada kita. Ini selaras dengan kesimpulan yang diobuat oleh Ibnul Qayim Al-Jauzi bahwa kekuatan sesuatu ummah itu bergantung kepada giatnya aktiviti amaf makruf nahi munkar dalam umat tersebut.

 

Kesinambungan tugas para anbiya’ ini adalah sesuatu yang sangat mulia sebagaimana mafhum firman Allah s.w.t.:

 

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah. [Ali Imran 3:110]

 

Walaupun kita berada di Doha untuk mencari rezeki, jauh dari kampung halaman, tugas mulia ini perlu diteruskan seperti mana mafhum firman Allah:

 

Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Baqarah 2:148]

 

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah swt memberi banyak kebaikan, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, sampai semut-semut di lubangnya dan ikan-ikan selalu mendoakan orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.” (HR. Tirmidzi).

 

Dengan wujudnya blog ini, di samping menjadi rujukan kita, adalah harapan saya agar sebahagian usaha kita dengan izin Allah merentasi sempadan Qatar juga dan menghubungkan kita dengan saudara-saudara kita di mana jua mereka berada.

 

Syabas kepada rakan-rakan yang tidak jemu hadir sama dan membantu mengerakkan usrah kita. Sebagai naqib, saya bertuah kerana diberi amanat mengendalikan usrah ini dari pimpinan naqib sebelum ini, iaitu Tn. Hj. Morshidi Anuar yang telah menerajui usrah ini selama dua tahun dengan cemerlang. Akhir kalam, saya doakan semoga kita dapat terus memburu kejayaan hidup dunia dan akhirat!

 

 

                 والسلام عليكم ورحمة الله                                    

 

 

Mohd. Zaim Awang Pon

7 Februari 2009.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s