Penamaan Calon AJK Usrah Ali 2014-2016

Assalamualaikum,

Tuan tuan dan puan puan yg dirahmati Allah sekalian,

Untuk makluman, AJK Usrah Ali sessi 2012-2014 yang sedia ada telah tamat tempoh perkhidmatannya pada akhir bulan Jan lalu setelah 2 tahun berkhidmat. Oleh itu perlantikan AJK baru bermula March 2014 perlu dilantik bagi meneruskan usaha dan aktiviti seterusnya. Di sini kami selaku SPR Usrah Ali ingin memberi peluang kepada tuan tuan puan puan bagi membuat pencalonan bagi memilih AJK baru.Diharapkan kita akan mengambil peluang ini untuk melantik AJK baru yang dapat mencetus idea idea yg lebih bernas dalam meningkatkan usaha usaha dakwah bagi masyarakat Islam Malaysia di sini.

Satu persoalan yang perlu kita fikirkan. Apakah sumbangan kita kepada agama? Apa yang dapat kita mampu lakukan sebagai muslim dan muslimat dalam melaksanakan tanggung jawab kita terhadap agama? Untuk menyahut seruan berjihad, kita mungkin tak punya kekuatan. Untuk keluar berdakwah, kita mungkin tak punya kemampuan. Untuk menyumbang disudut keilmuan,kita mungkin tak punya kemahiran. Maka apakah lagi yg termampu kita lakukan? Kemungkinan dengan bergiat didalam usaha usaha dakwah ini akan dapat memenuhi tanggungjawab kita terhadap agama sekurang kurangnya, Insya Allah.

Percalonan adalah untuk 6 jawatan utama Usrah Ali dan anda bolehlah mencalonkan seberapa banyak calon dengan memasukan nama penuh mereka.

Untuk mencalonkan calon-calon AJK yang baru, boleh lah ke link ini http://goo.gl/a4DJeV

Berikut adalah tempoh dan syarat pencalonan adalah seperti di bawah:
1. Tempoh dibuka sehingga tengah malam 16 Feb 2014.
2. Anda boleh memasukan satu nama untuk setiap pencalonan.
3. Pencalanon bagi AJK sedia ada seperti dibawah tidak dibenarkan bagi memberi peluang kepada calon calon baru.:

Naqib: Hj Mohd Salleh Harun
Naib Naqib: Hj Azwira Abdul Wahab & Hj Mahadzir Aziz
Setiausaha: Hj Zahrul Anuar
Bendahari: Muhammad Hafiz Atan
AJK: Mohd Faizal Ismail & Idham Adnan Jamil

Adalah diharapkan tuan tuan dan puan puan dapat memberi kerjasama dan sokongan bagi memastikan proses pencalonan dan pemilihan AJK baru Usrah Ali ini berjalan lancar.

Sekian,
jazakallahu khairan kathira,

SuruhanJaya Pilihanraya
Usrah Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s