Ceramah Umum : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Assalamu’alaikum warahmatullah,

Tuan2 dan Puan2 yg dirahmati Allah sekalian,

Apakah semua orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan kekal di dalam Islamnya sampai ke akhir hayat? Ada di antaranya terkeluar dari agama Islam menjadi murtad dengan disedari, bahkan lebih malang lagi ramai yang murtad tanpa disedari.
Boleh jadi ada orang Islam yang sedang menunaikan ibadah haji, tapi tanpa sedar telah murtad. Betapa sia-sianya amal mereka!

Yang menjadi murtad itu kerana melakukan perkara-perkara yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah mereka. Yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah ialah mana-mana iktikad atau mana-mana perkataan atau perbuatan yang menunjukkan adanya pengingkaran dan penentangan kepada ucapan syahadah atau penentangan terhadap mana-mana satu juzuk dari ajaran Islam.

Tidakkah penting untuk kita mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah, yang juga boleh membatalkan seluruh amal ibadah yang diusahakan sepanjang hidup?

Untuk itu, satu pengisian umum mengenainya akan disampaikan oleh Ustaz Amir seperti berikut:

Tajuk : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH


Tarikh : 19 APRIL 2012 (KHAMIS)

Tempat : Ladies Club, Al-Bayan Garden

Masa : Selepas solat Isyak (Digalakkan solat di Masjid Al-Bayan atau masjid-masjid yang berdekatan)

Diharapkan Tuan/Puan sekeluarga dapat hadir bersama-sama dalam usaha menuntut ilmu yg bemanfaat untuk kita semua.

Jazakumullahu khairan katheera

Wasallam,
b.p Usrah Ali

*Jamuan ada disediakan. “Potluck” bagaimanapun digalakkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s