Pembentangan perbincangan kumpulan bertajuk "Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak"

Lokasi : Compound Zahratul Wadi

Masa : 7.30 mlm, 17 December 2009

Alhamdulillah, program pada malam tersebut berjalan lancar walaupun ada sebahagian ahli-ahli tegar tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jutaan terima kasih diucapkan pada saudara Sofian (Rasgas) Abd. Hashim dan saudara Hafiz Atan yang mewakili kumpulan mereka membuat pembentangan. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan input dalam perbincangan pada waktu sebelumnya dan pada malam tersebut. Kita juga berterima kasih kepada Tn Hj Arbain dan warga Zahratul Wadi yang membantu pada malam tersebut. Jazakumullah khairan kasiran.

Banyak perkara penting yang dibincang dan dibentangkan pada malam tersebut. Sukar untuk saya membuat rumusan kerana semuanya agak penting, tetapi sebahagian panduan penting adalah seperti berikut:

– Tarbiah dari awal adalah penting

– Adalah penting ibu bapa mendoakan anaknya. Doa seorang bapa pada anaknya tidak ditolak.

– Ibu bapa hendaklah memberikan contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan Islam adalah cara hidup, bukan Islam apabila solat dan puasa sahaja. Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang baik untuk pembesaran anak yang saleh.

– Berhati-hati terhadap anasir dan cabaran-cabaran sedia ada seperti rakan-rakan, persekitaran, hiburan, internet dan sebagainya.

– Peruntukkan masa untuk tarbiah anak.

Ada juga soalan diajukan sewaktu perbincangan iaitu bagaimana mendisiplinkan anak-anak untuk solat dan bukan mereka solat sekadar mekanikal/ritual tanpa khusyuk. Antara input yang diberikan oleh ahli usrah ialah:

1. Pertama sekali, pastikan anak-anak belajar cara solat yang betul seperti mana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

2. Apabila tiba setiap waktu azan, pastikan anak-anak solat

3. Kejutkan mereka untuk solat pada waktu subuh dan bapa pergi solat di masjid sebagai contoh kepada anak-anak.

4. Tahu makna bacaan solat bagi mendapatkan khusyuk. Belajar bahasa arab walaupun sekadar untuk melakukan ibadah adalah penting.

5. Khusyuk untuk solat adalah sesuatu proses yang mengambil masa dan berterusan.

Antara bahan-bahan yang dibentangkan pada malam tersebut

View this document on Scribd

 

View this document on Scribd

 

View this document on Scribd

2 thoughts on “Pembentangan perbincangan kumpulan bertajuk "Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak"

  1. mmg mantap sungguh persembahan & pembentangan dari perbincangan “picnic” di Aspire Park. smg mndpt ganjaran yg terbaik dariNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s