The matrix & Hakikat sebenar kehidupan

Industri Hollywood menjana pendapatan melebihi 40 billion dollar pada tahun 2005. Untuk terus menjana pendapatan yang besar dan terus berkembang, industri tersebut perlu memuaskan selera peminat dengan menggunakan special effect serta mengahsilkan plot cerita luar biasa yang boleh menarik perhatian.

Ada beberapa percubaan yang agak mengarut, seperti menyamakan tuhan dengan manusia (Almighty ?). Walaubagaimanapun, saya akui ada sebahagian percubaan tersebut sedikit mengejutkan kerana ia kadangkala menyampaikan sesuatu yang sudah kita percayai (samada secara kebetulan atau tidak). Filem yang saya maksudkan ialah The Matrix yang dikeluarkan pada tahun 1999. Mungkin ada yang melihat bahwa filem tersebut hanyalah satu sci-fi yang menarik, tetapi ia membawa sedikit pengajaran. Mungkin ramai yang teruja dengan satu babak dalam filem ini di mana Neo (watak utama dalam filem ini) dengan sepantas kilat mengelak beberapa biji peluru.

matrix bullet dodge

Neo sedang mengelak peluru!

 

Walau bagaimanapun, pada saya bab yang menarik perhatian ialah yang ditunjukkan di bawah. Ia dalah babak di mana Neo dapat melihat dengan sebenar-benarnya bahwa realiti kehidupannya hanyalah satu drama. Dalam filem tersebut manusia sebenarnya dikawal oleh komputer dan semua manusia tidur dan segala pengalaman mereka hanyalah programme yang disalurkan terus ke otak. Dalam erti kata lain, manusia terpedaya tanpa disedari. Di dalam babak di bawah, Neo dapat melihat bahwa segalanya hanyalah programme semata-mata, bukan realiti.

 

Artikel saya kali ini bukan untuk mengajak kita menonton filen hollywood, sebaliknya segala pengajaran yang kita perlukan untuk kehidupan kita telah diturunkan dalam bentuk wahyu. Banyak sungguh ayat  al-quran yang mengingatkan kita tentang sesuatu yang pasti terjadi. Antara yang paling mengesankan saya ialah apabila saya mempelajari tafsir ayat-ayat berikut:

وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ (١٢) وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ (١٣) عَلِمَتۡ نَفۡسٌ۬ مَّآ أَحۡضَرَتۡ (١٤

Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12) Dan apabila Syurga didekatkan. (13) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14)

Hakikatnya, setiap yang kita lakukan di dunia ini lebih mendekatkan diri kita ke syurga atau neraka. Apabila kedua-dua syurga dan neraka dipertotonkan, manusia akan mengetahui betapa berharganya sesuatu amal saleh dan betapa bahayanya dosa!Andaikata kita dapat melihat syurga setiap kali kita melakukan amal saleh dan neraka setiap kali kita melakukan dosa, sudah tentu realiti kehidupan manusia berbeza. Alangkah ngerinya apabila api neraka itu dijulang untuk bakal penghuninya dan alangkah indahnya apabila nikmat syurga ditayangkan buat penghuninya. Bayangkan sesuatu yang amat dijijikkan di dunia ini dan sesuatu yang amat kita senangi di dunia ini, apa yang ada di akhirat sudah tentu tiada bandingannya. Benar sungguhlah isi kandungan suratul asr (Demi masa).

Apakah nilai kehidupan kita?

وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (٦٤)

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (64)

Marilah kita sama-sama menambah kepekaan kita terhadap hakikat dunia yang sebenar, dan bahwa Allah yang maha melihat senantiasa memerhatikan kita! Semoga kita menjadi hamba yang dikasihinya.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s