Bilakah 1 Syawal 1430H? Nigeria, falak dan cerapan (ru’yah)

InsyaAllah, kemungkinan besar Eidulfitri 1430H di Qatar akan jatuh pada hari Isnin, 21hb. September 2009. Ini adalah berdasarkan kiraan falak bahwa anak bulan TIDAK MUNGKIN kelihatan pada 19 hb. September 2009 seperti di bawah ini yang saya ambil dari moonsighting.com. Ia menunjukkan bahwa Qatar tidak termasuk pun di dalam zon merah iaitu “visible with optical aid only” pada 19 September 2009.

image

Perlulah diketahui, sebenarnya pengunaan ilmu falak tidak akan dapat dijadikan kriteria penentuan ramadhan/syawal kerana sunnah telah menetapkan bahwa permulaan eid adalah dengan kelihatannya anak bulan.

Ilmu falak hanya boleh menetukan samada

1)MUSTAHIL atau tidak anak bulan kelihatan

2)Adakah MUNGKIN anak bulan akan kelihatan

Tetapi ilmu falak sekali-kali tidak akan dapat mengatakan bahwa anak bulan PASTI akan kelihatan kerana “visibility” dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kedudukan anak bulan, moonset, cuaca dan sebagainya.

Pengunaan ilmu falak sebenarnya amat berguna bagi “verification”/pengesahan. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-rahman ayat 55:

ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ۬

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.

Oleh kerana bulan beredar dengan hitungan yang tertentu, maka kedudukan bulan dapat dikira dengan tepat sekali dengan ilmu falak.

Bagaimana jika ada saksi yang mengatakan bahwa dia melihat anak bulan tetapi mengikut perkiraan anak bulan MUSTAHIL akan kelihatan? Sudah tentu pensaksian sipolan tersebut tidak benar.

Walau bagaimanapun, samada ia diterima oleh kerajaan atau badan yang menetapkan tarikh permulaan secara rasmi adalah isu yang berlaianan. Itulah sebabnya saya menggunakan perkataan kemungkinan besar di awal maqalah ini. Dengar khabarnya, bermula tahun ini kerajaan Arab Saudi sudah mula menggunakan falak bagi verification purpose. Secara peribadi, saya harap ia menjadi kenyataan agar tidak wujud lagi permulaan ramadahan/syawal sebelum wujudnya anak bulan!

PERHATIAN : Sebahagian kecil kawasan Arab Saudi (barat/barat daya, sekitar Taif/Jizan) mungkin boleh melihat anak bulan dengan bantuan teleskop. Oleh itu Arab Saudi mungkin menyambut 1 Syawal pada 20 hb. September, Ahad. Oleh kerana Qatar mengikut Arab Saudi, maka masih ada kemungkinan Qatar juga menyambut 1 Syawal pada hari yang sama.

Saya tersenyum sendiri mengingatkan bagaimana sewaktu saya berada di Nigeria, setiap tahun, setiap kali cerapan dibuat, setiap ramadhan dan syawal, anak bulan akan kelihatan di Nigeria tanpa putus-putus!!

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, peristiwa di Nigeria itu menimbulkan minat saya untuk mengkaji serba sedikit mengenai falak, khususnya bilakah anak bulan akan mula kelihatan. Ada juga hikmahnya🙂

Saya pernah ditanya oleh yang bukan Islam, mengapa kita menggunakan cerapan bagi menetukan permulaan hari raya, kenapa tidak dengan kiraan sahaja? Saya katakan Islam itu mudah, jika kita berada di mana-mana tempat sekalipun, contohnya di tempat di mana kita tiada komunikasi radio, tv, telefon dan sebagainya, kita masih boleh menentukan permulaan bulan kita dengan hanya mendongak di langit! Islam itu mudah.

Wallahua’lam.

29 Ramadhan 1430H.

image 

Nota: Matahari terbenam pada jam 5.34 petang hari Sabtu (19 Sept) di Doha, dan bulan terbenam 12 minit kemudian!!Mustahil untuk dilihat berdasarkan kedudukan dan masa.

image

Nota: Pada 20 hb. bulan terbenam pada jam 6.24 petang. Ia mungkin hampir-hampir boleh dilihat pada kedudukan azimuth 252 darjah (menghala ke barat), dan kedudukan ufuk 4 darjah pada jam 6 ptg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s