Kehidupan setelah kematian (bahagian pertama)

Solat terawih di Al Fanar pada hari Sabtu tamat pada jam 8.45 mlm. Sejurus kemudian disambung oleh bahagian pertama sesi tazkirah Ramadhan yang diberi oleh Syeikh Nabegh Bseisu bertajuk “Life After Death”. Episod pertama tazkirahnya bermula dengan apa yang berlaku sejurus sebelum kematian.

Sebelum itu beliau menyebut hadis nabi bahwa sesuatu amal itu bergantung pada akhirnya. Amat malanglah jika sesorang itu meninggal sejurus setelah melihat sesuatu adegan yang tidak baik di kaca tv misalnya. Pada waktu akhir hayat seseorang, syaitan akan cuba untuk memesongkannya tapi bagi seseorang mukmin, Allah akan melindunginya.

Secara ringkasnya mereka yang beriman sebelum akhir hayatnya akan melihat banyaknya malaikat dengan rupa yang sangat elok, berbaju putih seluas mata memandang. Malaikat tersebut akan mententeramkan mukmin tersebut, mengingatkannya agar jangan takut dan jangan bersedih. Siapakah yang menyuruhnya mengatakan yang tersebut? Sudah tentutlah Allah. Maka dari waktu tersebutlah dia tak akan takut, walaupun di padang mahsyar. Perasaan lain akan ada, tapi tidak takut dan sedih.

Mereka yang akan pergi meninggalkan dunia ini sudah tentu akan takut bagaimana halnya dengan yang ditinggalkan di dunia seperti anak-anaknya yang masih kecil atau orang tuanya. Maka malaikat akan menenangkannya. Malaikat juga akan menyampaikan kepadanya berita gembira syurga.

Sudah tentu bagi seseorang yang akan meninggalkan dunia, hatinya akan berasa takut akan perjalanan yang akan ditempohinya. Dengan itu malaikat akan menenangkannya lagi bahwa mereka akan menemaninya di akhirat sebagaimana mereka menemaninya di dunia.

Maka roh mukmin tersebut akan dengan gembiranya Roh seseorang mukmin pula akan ditarik dengan lancar seperti air yang ditarik keluar. Roh tersebut akan dibawa ke langit dengan kain kapan yang harum dari syurga. Malaikat di langit akan bertanya siapakah itu, dan malaikat yang mebawa roh tersebut akan menyebut namanya dengan nama yang baik.

Bagi yang tidak beriman, mereka akan mengalami yang sebaliknya, melihat sebegitu banyak malaikat yang berwajah menakutkan menantinya. Rohnya akan lari ke serata badan kerana tidak mahu ditraik dan roh tersebut akan ditarik dengan kasar. kemduain roh itu akan dibawa ke langit dengan kain kapan dari neraka yang berbau busuk. Setelah itu roh tersebut kemudian akan dicampak ke bumi.

Begitulah secara umunya pengisian yang pertama. Ini adalah ringkasan kerana masa tidak mengizinkan untuk menulis lebih panjang lagi dan tiada rakaman audio dapat dibuat.  Sesi tersebut mengambil masa 30 minit sahaja.

Sambungan sesi seterusnya ialah pada hari Jumaat (28 Ogos 2009), selepas solat terawih di Al Fanar, insyaAllah.

 kubur.jpg

Gambar hiasan : Satu hari setiap dari kita pasti akan menghadapi kehidupan di alam barzakh…bagaimanakah persiapan kita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s