Usrah Ali, 26 June 2009.

Ceramah oleh Dr. Zakarrya Abdel Hady dari Qatar University, Perbezaan Pendapat dan Bagaimana Berinteraksi dengan Hukum

Ikhtilaf (Perbezaan) adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan kita seharian. Allah taala boleh menjadikan kita semua arab, atau British atau seperti bangsa Amerika, tetapi kita dijadikan allah berlainan, dari segi rupa, sifat dan sebagainya. Dr Zakaryya menyebut beberapa ayat quran antaranya:

“Wahai manusia sesungguhnya kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan” .(Al hujurat : 13)

Intipati perbezaan ini adalah supaya kita berkenal-kenalan. Rupa kita, miskin atau kaya dan sebagainya tidak penting, yang penting ialah ketaqwaan kita.

Tiga jenis ikhtilaf:

1. Ikhtilaf yang wujud kerana mengikut nafsu. Seseorang itu tak dapat mengakui bahwa dia salah dan orang lain betul

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ILAHnya…” (Al-Jatsiyah : 23)

2. Ihktilaf antara hak dan batil….mereka yang menolak Allah sebagai tuhan. Banyak contoh di dalam al-quran. Antaranya antara Nabi Ibrahim a.s. dan Raja Namrud. Akhirnya Raja Namrud yang bongkak itu dihukum Allah denagn seekor serangga yang membuat bising di dalam kepalanyadan akhirnya dia mengetuk kepalanya sendiri bagi menghentikanbunyi bising itu sehingga dia mati. Contoh lain adalah antara Nabi Musa a.s. dan Firaun. Firaun yang bongkaka itu memerintahkan supaya satu menara yang sangat tinggi

3. Ikhtilaf dalam perkara-perkara kecil (bukan aqidah). Dan akhirnya di seluruh dunia muncul mazhab2 seperti Maliki, hambali, Hanafi, Syafie dan bukan emapt ini sahaja tetapi lebih lagi. Ikhtilaf ini bukan perkara baru dan ulamak berpendapat ia sebenarnya adalah sesuatu yang bermanfaat kerana ia mengalakkan kita berfikir dan mengalakkan berijtihad (menghasilkan idea, pendapat yang lebih baik dan lain-lain).

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada ikhtilaf di antara sahabat2 sendiri. Antaranya setelah perang badar, Saidina Omar r.a. mencadangkan supaya dibunuh sahaja tawanan-tawanan perang. Akhirnya Rasulullah s.a.w. mengambil pendapat supaya tawanan perang dibebasakan dengan syarat mereka dapat mengajar 10 orang anak muslim membaca dan menulis.

Contoh lain ialah sewaktu perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah s.a.w. dan sahabat tak dibenarkan mengerjakan umrah walaupun mereka telah bermusafir selama 7 hari. Perjanjian Hudaibiyah ini datang setelah beberapa peperangan antara umat islam dan kufar dan umat Islam telah memenangi banyak peperangan tersebut.

Untuk meringkaskan Perjanjian Hudaibiah, diperturunkan dibawah ini butir-butir perjanjian yang dipersetujui:

a)Genjatan senjata selama 10 tahun.

b)Muhammad hendaklah memulangkan orang Quraisy yang hendak masuk Islam tanpa izin walinya.

c)Tidak semestinya orang Quraisy mengembalikan pengikut-pengikut Muhammad jika mereka menyertai kaum Quraisy

d)Mana-mana kabilah Arab yang ingin masuk ke dalam kaum Quraisy, boleh berbuat demikian dan sebaliknya sesiapa yang ingin mesuk kumpulan Nabi Muhammad boleh juga berbuat demikian kecuali kaum Quraisy.

e)Muhammad dan pengikutnya hendaklah kembali ke Madinah tanpa menunaikan umrah tahun ini, tetapi pada tahun berikutnya Muhammad dan pengikutnya boleh masuk Mekah dan boleh tinggal di sana selama tiga hari tanpa apa-apa senjata senjata kecuali pedang di dalam sarungnya.

Setelah Rasulullah memeteraikan perjanjian damai itu, ramai di antara sahabat merasa terkilan dan tidak puas hati kerana Nabi banyak bertolak ansur dan berlembut, manakala di pihak Quraisy pula terlalu keras dan kasar

Lantaran itu Umar bin al-Khattab bangun dan berdialog dengan Rasulullah seperti berikut:

Umar:Bukankah engkau seorang Rasul?

Nabi Muhammad s.a.w:ya!

Umar:Bukankah mereka kaum Quraisy yang menghalau dan memburu kita?
Nabi Muhammad s.a.w:Ya!

Soal jawab yang agak panjang itu berakhir dengan sabda Rasulullah:”Aku ini hamba dan pesuruh Allah. Aku sekali-kali tidak melanggar perintah-Nya dan Allah pun tidak mensia-siakan aku dan kita semua.”

Umar r.a. masih tidak berpuas hati dan telah pergi menemui Abu Bakar dan bertanya perkara yang sama pada Abu Bakar r.a. Yang peliknya walaupun Abu Bakar tiada di sana tetapi beliau memberi jawapan yang sama yang diberikan oleh rasulullah s.a.w. Umar r.a. tertus tidak berpuas hati tapi cukuplah saya ringkas di sini sebagai contoh khilaf di zaman rasulullah sendiri. Nota : Perjanjian Hudaibiyah ini sebenarnya memberi masa keamanan selama beberapa tahun yang sangat berharga di mana islam berkembang luas.Ia dalah satu kemanangan yang besar. Contohnya Islam sampai ke Malaysia dan Indonesia dengan dalam keadaan aman.

Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang baik asalkan ia berdasarkan Al-Quran dan sunnah. Beginilah cara-cara sahabat. Mereka akan berdiskusi, mereka akan pergi antara satu sama lain atas sesuatu persoalan, jika didapati ia adalah seperti yang dianjurkan oleh rasulullah, mereka akan terima tanpa soal. Beginilah permulaannya mazhab-mazhab. Mazhab-mazhab ini timbul bukan kerana mereka saja suka-suka untuk berbeza pendapat tetapi kerana di wkatu tersebut bukan mudah untuk mencari ilmu. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., sahabat2 berpisah dan mengembara ke seluruh dunia menyebarkan Islam. Kecuali di zaman khalifah Umar r.a. beliau cuba mengumpulakn mereka di Madinah supaya kekuatan ilmu tersebut terbina semula. Oleh kerana ulamak-ulamak dipelbagai tempat ini mempunyai ilmu yang berbeza, bila mereka menemui masalah yang memerlukan ijtihad, mereka akan membuat ijtihad tersebut berdasarkan ilmu yang mereka miliki. Mungkin ada seorang alim yang tidak mengetahui mengenai sesuatu hadis kerana ia berada agak jauh dari sahabat yang lain yang mengetahui hadis tersebut. Oleh sebab itulah Imam Bukhari mengembara ke serata tempat untuk mengumpulakn hadis2.Walaupun ia telah mengembara ke sesuatu tempat yang jauh untuk mengumpulkan satu hadis, tetapi jika ia diriwayatakan dari seorang yang kejujurannya diragui, hadis tersebut tidak akan diambilnya.

Imam2 yang muktabar ini sentiasa mementingkan kembalinya kepada al-quran dan sunnah. Kata Imam Malik:

Apabila setiap (pendapatku) itu sesuai dengan Al-quran dan Sunnah, maka ambillah! Dan apabila setiap (pendapatku) itu tidak sesuai dengan Al-quran dan Sunnah, maka tinggalkanlah!”

Meraka ini mempunyai “reference point” yang kuat. Sebagai seorang Islam, kita mestilah mengikut perintah Allah. Tidak ada paksaan dalam beragama, tapi jika kita mengaku kita Islam, kita mestilah mengikut ajaran Islam yang sebenar. Kita tidak boleh mengaku Islam tetapi kita taidak mengikut ajaran Islam. Allah menyuruh kita puasa, pergi haji dan sebagainya, kita tidak boleh mengatatakan kita tidak mahu mengikut perintah tersebut jika kita mengatakan bahwa kita muslim.

Walau bagaimanapun, jika masih wujud perbezaan pendapat setelah merujuk kepada al-quran dan sunnah, kita mesti faham satu kaedah fiqh, iaitu “La inkara fi mukhtalafi”. Jika ada ulamak berbeza pendapat, kita tidak boleh mengatakan pendapat yang dipegang oleh seseorang berdasarkan pendapat alim tersebut salah selagi ia ada dalilnya.

Persoalan:

Apakah perbezaan antara khilaf dan bidaah?

· Khilaf ialah perbezaan pendapat dalam fiqh, contohnya perbezaan di mana nak letakkan tangan dalam solat.

· Bidaah pula ialah innovation, sesuatu yang baru. Bidaah terbahagi kepada dua, bidaah dalam perkara dunia dan dalam agama.

Bidaah dalam agama

  • seperti membuat haji di luar musim haji walaupun untuk mengelakkan kesesakan.
  • Solat Jumaat di hari selain Jumaat kerana tiada cuti pada hari Jumaat.
  • Kita tidak dibenarkan menambah-nambah.

o Walau bagaimanapun ada bidaah yang dibenarkan. Contohnya Rasulullah dan sahabat solat di dalam masjid yang tertentu saiznya. Tidak ada masalah kita solat di dalam masjid yang lebih besar walaupun ia bidaah kerana kita tidak mengubah intipati ibadah tersebut.

· Bidaah dalam dunia adalah jenis lampu yang kita pakai, rumah dan sebagainya. Semua ini dibenarkan kecuali jika ada dalil khusus.

· Perlu ditekankan kesatuan/persatuan umat adalah sangat penting. Contohnya dalam mazhab Hanafi, murid-murid Imam Hanafi ada yang menetapkan bahwa menutup kepala sewaktu solat adalah wajib. Oleh itu jika kita menjadi imam solat di kawasan bermazhab Hanafi, pastikan kita memakai kopiah dan sebagainya, jika tidak kita hanya menimbulkan kekeliruan pada orang awam.

Pernah satu ketika Imam Hassan Al-Banna pergi untuk solat terawih di masjid dan dia mendapati jemaah di situ bertengkar dan terbahagi keapadi dua kumpulan. Satu kumpulan mahu solat 11 rakaat dan satu kumpulan lagi mahu solat 21 rakaat. Oleh itu mereka bertanya pendapat imam Hassan Al-Banna. Maka beliau menjawab, kita tutup saja masjid ini, kita solat sahaja di rumah. Para jemaah bertanya mengapa? Ini adalah kerana solat terawih adalah sunnat tetapi perpaduan adalah wajib!

Perlu diingat lagi, khilaf telah wujud di zaman Rasulullah sendiri antara para sahabat. Antara contoh lain yang diberikan, setelah perang Khandak dan kemanangan kaum muslimin, Jibril menyampaikan perintah tanpa lengah (jangan meletakkan pedang) supaya Bani Quraizah yang belot sewaktu perang tersebut diperangi. Oleh itu Rasulullah memerintahkan kaum muslimin bersegera ke perkampungan bani Quraizah.

Jawab Nabi sambil berseru kepada kaum Muslimin: “Barangsiapa yang mendengar dan mentaati, janganlah bersolat asar sebelum sampai ke Banu Quraizah”.
Nabi saw memerintahkan kaum Muslimin supaya tidak seorang pun diantara mereka yang menunaikan solat asar kecuali setelah sampai di Banu Quraizah. Di tengah perjalanan masuklah waktu asar, sebahagian mereka berkata, “Kami tidak akan solat sehingga kami sampai disana”, Sebahagian lagi berkata: “Kami akan melakukannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh Nabi saw”. Kemudian diantara mereka melaporkan perkara ini kepada Rasulullah saw, tetapi baginda tidak mengecam atau menegur salah seorang pun diantara mereka.

Dalam hal ini, nabi tidak mengatakan siapa yang salah dan siapa yang betul. Ada yang mengambil pengertian zahir dan ada yang mengambil pengertian di sebaliknya. Dalam hal ini, dengan diamnya Rasulullah, beliau telah membenarkan khilaf.

Dalam kita mengikuti sunnah, janganlah kita mengambil yang zahir saja tapi ambillah juga intipati sunnah tersebut.

Bagaimana jika ada dua ulamak mempunyai pendapat yang berbeza dan mereka ada dalil masing-masing dari hadis. Apakah peranan kita sebagai orang awam yang tidak dapat menilai dalil tersebut? Maka hendaklah kita mengambil pendapat dari alim yang lebih kita percayai dari segi ilmu, takwa dan peribadinya.

Marilah kita sama-sama mempelajari sunnah Rasulullah dalam menegur kesilapan, kerana cara membetulkan kesilapan itu ada juga sunnahnya. Bertindaklah mengikut kemampuan aqal dan ilmu yang ditegur, dan bertindaklah denagn sabar dan penuh kasih sayang. Tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) itu sangat penting, kerana walau apa yang kita sebut itu betul, tapi diutarakan dengan nafsu dan bukan jiwa yang bersih, ia tidak akan dapat diterima.

Ikutilah sifat para sahabat dan ulamak terkemudian yang sentiasa cuba merujuk kepada pelbagai sumber untuk mendalami quran dan sunnah. InsyaAllah ini akan meluaskan ilmu kita dan mengikis sikap taksub pada mana-mana guru atau aliran serta mengelakkan symptom perpecahan berjangkit dari negara lain yang telah terlajak di mana  masjid dan jemaah terpecah. Ini adalah agenda utama kaum kufar sehingga kini. Ambillah pengajaran dari kejatuhan empayar Islam yang terkahir.

“yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” Az-Zumar:18

Tiada manusia yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan. Sebaliknya janganlah kita suka men”salah-salah”kan pendapat yang lain kerana mengikut kata ibn Taimiyah, sejahat-jahat hati adalah mereka yang suka mencari kesilapan para ulamak. Dibimbangi hidup mereka ini akan berakhir dengan suul khatimah (kesudahan yang buruk). Dalam masa yang sama,  cintailah ilmu dan kembalilah kita kepada al-quran dan sunnah.

Harap maaf atas segala kekurangan, segala yang baik dari Allah dan yang buruk atas segala kelemahan diri ini. Semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s