Usrah Ali 14 hb May 2009

Tempat : Zahratul Wadi

Majlis dimulakan dengan solat Isya’ pada 7.50 pm berjemaah.

Setelah jamuan malam, majlis dimulakan dengan tayangan ringkas video “Hearts of A Muslim”

 

Usrah Ali juga telah memperkenalkan Anugerah Kamil. Nama Kamil diambil dari nama Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, yang mungkin tidak asing lagi bagi kita di Qatar ini. Dalam banyak segi, beliau adalah seperti kita, mempunyai pekerjaan sepenuh masa, berkeluarga dan sebagainya. Namun dalam kesebokkan beliau, beliau gigih mengingatkan manusia kana kebesaran Allah dan menyeru manusia untuk mengabdikan diri kepadaNYA. Beliau adalah contoh yang sangat baik bagi kebanyakkan kita. Saya pernah berkata kepadanya, jika ramai manusia sepertinya, sudah tentu dunia ini penuh dengan kebaikan, dan saya katakan yang tersebut dengan ikhlas.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita jika kita tidak berterima kasih pada manusia, maka kita tidak berterima kasih pada Allah. Pihak usrah Ali memberi cenderahati Anugerah Kamil, kepada ahli-ahli usrah Ali berdasarkan mana-mana kriteria berikut:

–          Menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti usrah Ali dari segi kehadiran, penglibatan, pengisian dan sebagainya.
–          Memberi sumbangan dari bentuk tenaga, masa dan sebagainya bagi menegakkan syiar Islam dalam apa jua bentuk pun, yang dirasakan besar ataupun kecil

Sesungguhnya setiap mukmin akan menjadi saksi kepada mukmin yang lain. Semoga penghargaan kecil ini menjadi berita gembira kepada mukmin tersebut untuk terus berusaha di jalan Allah dan menjadi contoh kepada sahabat-sahabat yang lain untuk berlumba mengerjakan kebaikan.

Penerima Anugerah Kamil yang julung kali ialah Tn. Hj. Khairil Anuar bin Zainal Abidin. Sekembalinya beliau dari mengerjakan haji, beliau telah memulakan usrah di Dukhan. Beliau sentiasa terkehadapan dalam memberi segala bantuan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti usrah dan agama. Malah beliau sanggup memandu dari Dukhan bagi setiap perjumpaan usrah Ali. Mabruk, semoga terus istiqamah.

Kemudian ceramah bertajuk “Raising Up Children” telah diberi oleh Sheikh Nabegh Bseisu. Bagi yang ketinggalan, ceramah tersebut boleh didownload dari sini.

DSC00287

Jazakumullah khairan kasiran kepada tuan rumah, sdr Arbain dan keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s