Perjumpaan Usrah Ali, Khamis 23 hb. April 2009

Assalamualaikum,
Rakan2 yang dikasihi sekalian,
Sukacita dimaklumkan, seperti yang diumumkan sebelum ini, Usrah Ali akan bertemu semula pada hari Khamis, 23 hb. April 2009, insyaAllah.
Lokasi : Clubhouse, Compound Al Barzan 2 (sila lihat peta) tidak jauh dari Gharrafa/Immigraton roundabout).
GPS Coordinate : 25 18′ 15.45″ N, 51 27′ 55.70″ E
Waktu : Setelah solat Isya’ berjemaah di masjid berhampiran (sila lihat peta)

Map_Al-Barzan_2

Barzan2_masjid

Agenda:
– Solat isya’ berjemaah
– Jamuan
– Tayangan Video Pilihan (10 min)
– Slot terbuka
– Rasulullah sebagai ketua keluarga oleh Ustaz Amir
– Majlis bersurai

Bagi rakan lain yang ingin membuat pengisian adalah digalakkan juga.
Jika ada kesulitan menemui tempat tersebut, sila hubungi tuan rumah, saudara Norkhairil (5872432) atau saya (5542637).

Jamuan kali ini ditaja oleh Usrah Ali, namun jika ada yang ingin sponsor atau berkongsi sponsor, adalah dialu-alukan. Hadirin digalakkan membawa pencuci mulut. 
Harap maklum, oleh kerana Al-Bayan clubhouse tidak dibenarkan lagi pengunaannya pada hujung minggu, maka kita perlu mencuba tempat baru supaya ada pilihan lain. Terlebih awal, saya minta maaf jika ada kekurangan. Ia mungkin agak kecil sedikit dari dewan yang kita biasa gunakan tetapi besar sedikit dari bilik rekreasi al-bayan yang pernah kita gunakan. Juga terima kasih buat tuan rumah, saudara Norkahiril yang membantu bagi venue kali ini.

Kehadiran rakan2 semua dan juga ahli2 baru dialu-alukan. Semoga kita diberi kelapangan untuk hadir. Amin.

Bagi kegunaan masa hadapan bagi mana-mana venue, harap rakan2 dapat beri kerjasama memberi nama penuh dan no plat kereta pada saya. Jzkk.

Wasalam,
Zaim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s