Bill Gates dan kerja kebajikan

Berucap di ICTD 2009 (International Conference on Information and Communications Technology and Development) di Doha, Bill Gates menyeru supaya dipergiatkan lagi projek-projek untuk mereka yang miskin dan memerlukan bantuan di seluruh dunia.

Ada beberapa keganjilan di sini.

  • Bill Gates bukanlah Muslim dan mungkin tidak mempercayai balasan baik di akhirat walaupun mengikut perspektif bukan Islam, tetapi beliau giat menyeru kepada kerja kebajikan.
  • Beliau berucap mengenai membantu mereka yang memerlukan di satu conference mengenai teknologi, sangat tidak kena dengan tema teknologi.
  • Beliau berucap mengenai kerja kebajikan di Qatar, sebuah negara Islam, tetapi saya tidak rasa ada muslim lain di forum yang sama menyebut perkara itu.

Memang sungguh ganjil apabila non-Muslim sangat terkehadapan dalam hal ini beranding Muslim lain  sedangkan membantu mereka yang miskin adalah risalah utama di dalam Al-Quran.

Selepas mengakui keesaan Allah dan kerasulannnya, menolong sesama manusia adalah antara isi “syallbus” utama dakwah Rasulullah s.a.w., khususnya di awal kerasulannya.

Yang bukan Islam lebih terkehadapan dalam kerja kebajikan, yang bukan Islam lebih terkehadapan dalam mempelajari bahasa Arab. Maka tidak peliklah jika umat bukan Islam lebih maju dari umat Islam. Sesuatu untuk kita renungkan.

One thought on “Bill Gates dan kerja kebajikan

  1. Salaam, pun begitu kerja kebajikan b-Islam tidak diambil kira oleh A – seperti debu berterbangan atau fatamorgana (rujuk al-Q). Sementara amal kebajikan orang Islam boleh dibalas berlipa kali ganda!

    فالستبق الخيرات
    Berlumba2lah mengerjakan kebaikan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s