Untukmu di Qatar : Panggilan Haji

Assalamualaikum,
Pada suatu hari, seorang pengarah sebuah syarikat mengadakan perjumpaan dengan pekerja-pekerja syarikatnya dalam bulan April. Beliau membuat pengumuman bahwa sesiapa yang menunjukkan peningkatan mendadak dalam prestasi kerjanya sehingga bulan November akan mendapat bonus 3 tahun gaji! Pengarah tersebut mengatakan bahwa peluang ini tidak akan datang lagi. Oleh kerana undang2 cukai yang baru diperkenalkan oleh governor, syarikat tersebut perlu membayar bonus bagi mengelakkan cukai keuntungan yang tinggi.

Tareq (bukan nama sebenar), salah seorang pekerja di syarikat itu melihat kawan-kawannya berlumba2 untuk mendapat habuan tersebut. Selama ini dia telah merasa selesa dengan tahap pekerjaannya, tapi memandangkan jumlah yang sangat besar menjadi rebutan, apatah lagi ia tidak akan datang lagi, beliau telah melupakan segala keselesaannya untuk mendapat habuan yang lebih besar. Tidak timbul soal samada dia bersedia atau tidak untuk meningkatan mutu pekerjaannya, yang penting matlamat utamanya ialah ganjaran yang sangat besar itu yang mungkin menjadi miliknya dalam masa beberapa bulan lagi. Apakah langkah bijak jika Tareq tidak mengambil peluang ini??

Rakan2, sudah tentu cerita di atas adalah rekaan semata2….sekadar pembuka bicara.

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Kesalahan yang berlaku di antara umrah itu diampunkan, manakala haji mabrur pula tidak ada balasan baginya melainkan syurga”.
(H.R. Imam Bukhari dan Muslim).

Bagi yang telah mampu mengerjakan haji tetapi belum berbuat demikian, kita tidak tahu bila lagi kita akan mendapat peluang seperti ini. Hatta seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Aziziyah, beberapa kilometer dari Masjidil Haram tidak dapat mengerjakan haji kerana Allah tak mengizinkannya. Di samping itu, kita tidak tahu berapa lama Allah mengizinkan kita hidup di muka bumi ini.

Dalam kisah di atas, oleh kerana ganjaran yang sangat besar, tidak timbul soal sedia atau tidak. Apakah syurga dapat dibandingkan dengan nikmat-nikmat lain di muka bumi ini? Beranikah kita menjamin bahwa kita akan mendapat peluang sedemikian di kemudian hari?

Alhamdulillah, bagi mereka yang ingin mengerjakan haji dengan bas, Hamlah Al-Ali telah bersedia memberi tempat lebih kepada jemaah haji Malaysia di Qatar. Pada tahun lepas, hampir 30 orang dari masyarakat kita telah menunaikan haji melalui Hamlah Al Ali. Walau bagaimanapun, seperti tahun lepas, tiada jaminan dibuat, semuanya tertakluk kepada izin Allah semata-mata. Kita hanya merancang, itupun dengan izin Allah. Bagi yang ingin mengerjakan haji dengan Hamlah Al-Ali, bolehlah menghantar email kepada Tn. Hj. Issyam dengan data berikut bagi diri sendiri dan setiap ahli keluarga yang ikut bersama:

Nama:
Email:
Tarikh lahir:
No mobile:
No tel. rumah:
No. tel. pejabat:
No Passport & tarikh luput
No RP dan tarikh luput

serta menyerahkan deposit sebanyak QR 500 bagi setiap seorang.

Tn. Hj. Issyam boleh dihubungi melalui telefon 5865782 atau email eltax73@yahoo.com bagi sebarang pertanyaan lanjut. Rakan2 juga boleh merujuk kepada mereka yang mengikut Hamlah Al-Ali pada tahun lepas untuk mengerjakan haji.

Sabda Rasulullah saw, “Bersegeralah kamu menunaikan fardu haji kerana seseorang itu tidak tahu barang yang akan berlaku ke atasnya (mati)”. (HR Imam Ahmad)

“Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah ialah tetamu Allah. Jika mereka memohon doa Allah perkenankan. Dan jika memohon keampunannya Allah ampunkan”. (H.R. Imam An-Nasa’i).

“Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mengerjakan ibadah haji sama seperti dibelanjakan pada perang fisabilillah, setiap wang ringgit yang dibelanjakan itu akan digantikan dan digandakan sebanyak tujuh ratus kali ganda.” (HR Imam Ahmad).

Semoga kita semua dapat mengerjakan haji dengan cara apa sekalipun.
Firman Allah dalam ayat 27, Surah Al-Hajj

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh

Saya doakan segalanya dipermudahkan Allah, tuan2 dan puan2 berjaya menjadi tetamu Allah tahun ini dari berbillion umat Islam, dan dianugerahkan Allah dengan haji mabrur! Semoga kita tidak sanggup menolak tawaran ke syurga ini.

Wasalam,
Zaim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s