DERMA KILAT BAGI KELUARGA SAUDARA NAJIB ALI

Saya baru dimaklumkan mengenai cadangan membantu keluarga Najib Ali (yang bekerja dan tinggal di Dukhan) yang memerlukan bantuan kewangan dari kita untuk menghantar anaknya, Manja, pulang ke Malaysia bersama keluarganya.

Seperti yang ramai antara kita sedia maklum, anaknya sedang menjalani rawatan bagi penyakit leukemia. Rawatan perlu diteruskan di Malaysia.

Belanja yang diperlukan ialah harga tiket bisnes utk 2 orang (7,800 x2), dan ekonomi untuk 3 org (2,700 x 3). Kesemuanya berjumlah QR 23,700.

Saudara Najib, insyaAllah, akan menemani anaknya pulang hujung minggu ini diikuti oleh ahli keluarga yang lain dalam masa 2-3 hari kemudian. Anak2nya yang datang dari malaysia telah ada tiket masing2.

Oleh kerana masa yang sangat suntuk, insyaAllah saya akan buat kutipan cash esok selepas solat Jumaat, di basement meletak kereta, Masjid Al-Fanar. Bagi sesiapa yang tidak solat di Al-fanar, sila sampaikan kepada rakan yang lain. Harap maaf, kita tak mengalakkan eletronik transfer kerana hujung minggu bank tidak beroperasi dan ada had pengeluaran tunai dari ATM.

Sila sebarkan kepada rakan2 yang lain melalai SMS  “Derma kilat bagi keluarga Najib Ali esok InsyaAllah di AlFanar, sila rujuk https://usrahali.wordpress.com”

Kita doakan segalanya berjalan lancar dan adik Manja pulih sediakala. Amin.

Segala maklumat mutakhir saya akan letakkan di halaman ini insyaAllah. Harap maaf pada sesiapa jika tersalah susun kata. Ini saja maklumat yang saya ada, untuk keterangan lanjut, bolehlah cuba menghubungi rakan2 kita di Dukhan. Terima kasih, semoga Allah membalas kemurahan hati tuan2 dan puan2 berlipat ganda.

Yang menyampaikan,

Zaim

5542637

Update: Memandangkan keadaan kesihatan Manja yang belum begitu stabil, dia telah dibawa pulang ke Malaysia dengan air ambulance, ditemani oleh ayahnya, Ahli keluarga yang lain telah menyusul dengan penerbangan biasa. Sebarang bantuan kewangan yang diterima insyaAllah akan mengurangkan beban kewangan saudara Najib Ali. Dan teruslah kita doakan yang baik-baik untuk keluarganya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s