Kunjungan Prof Dr Muhd Kamil ke Qatar, dengan izin Allah

Penulis bestseller buku Travelog haji dan Travelog Dakwah , Prof Dr Muhd Kamil (http://muhdkamil.net/kehidupan), insyaAllah akan berada di Qatar dari 12 hb Mac hingga 14 hb Mac 2009

image

Kita yang di luar negara mungkin belum mengenalinya tetapi di Malaysia nama beliau semakin dikenali ramai. Secara ringkasnya beliau adalah tenaga pengajar/pentadbir UiTM. Agak unik, latar belakangnya bukan dalam bidang agama tetapi perakaunan. Dalam banyak segi, beliau tidak banyak bezanya dengan kebanyakkan kita di Qatar sebagai golongan professional.

Beberapa tahun yang lepas, Allah telah memberinya hidayah ekoran satu peristiwa. Beliau kemudian terpanggil untuk menunaikan ibadah haji di mana beliau telah menulis pengalaman kerohanian beliau sebelum, semasa dan sejurus setelah mengerjakan ibadah haji. Justeru telah terhasillah buku beliau bertajuk “Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman”. Buku ini kemudian disusuli pula dengan “Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok”. Beliau sekarang ni sedang giat aktif menyeru manusia ke jalan Allah tanpa mengabaikan tanggungjawab professionalnya.

Semoga kita dapat mengambil manfaat dari intipati yang akan disampaikannya insyaAllah.

Berikut adalah program (tentative) beliau. Segala maklumat lanjut akan disebarkan sedikit masa lagi. Program-program ini terbuka untuk semua.

12 March (Khamis) di Green Village Clubhouse, jam

    • 9.00 am. Ceramah : Isteri Solehah: Pandangan Suami yang Jahil [Untuk kaum ibu]
    • 10.30 Jamuan

12 March (Khamis) di Kedutaan Malaysia

    • 7:30 pm : Solat Isya’ berjemaah
    • 7:45 pm : Ceramah : Kebesaran Allah: Satu catatan manusia kerdil
    • 9.45 pm : Jamuan

13 March (Jumaat)  di Dukhan.

    • 7.30 pm : Solat Isya’ berjemaah
    • 7.45 pm : Ceramah; Pengabadian kepada Allah: Motivasi Diri

14 March (Sabtu), di Green Village Clubhouse

    • 10.00 am : Ceramah : Insan cemerlang [Untuk kanak-kanak]
    • 12.00 pm : Solat Zohor.
    • 12.15 pm : Jamuan tengahari.
    • 13.00 pm : Ceramah : Perhentian Terakhir [Untuk Semua]

 

Video pengenalan Travelog Haji

 GreenVillageMap

Peta ke Green Village, Ceramah untuk Kaum Ibu dan Program pada 14 hb. Mac

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s