Forum Perdana, 1 Januari 2009

Lokasi : Green Village Clubhouse

Ahli Panel : Ustaz Sudirman, Ustaz Djamal, Tn. Haji Abdul Fatah, Tn. Haji. Sufyan dan sdr. Zaim selaku pengerusi majlis.

Tajuk: Pengertian Hijrah dan apa sesudah haji.

 

Ustaz Sudirman memulakan bicara dengan mengupas pengertian hijrah, siapa kita dan ke mana kita. Beliau juga memperincikan jenis-jenis jihad. Ustaz Djamal telah menyentuh cara-cara menjaga anggota kita (iaitu pintu-pintu) dari syaitan yang mengajak kita melakukan maksiat. Haji Sufyan pula membicarakan pentingnya istiqamah dan bagaimana mencapai istiqamah tersebut. Tidak ketinggalan, Tn. Hj. Abdul Fatah telah berkongsi pengalaman kerohanian beliau semasa dan selepas haji. Banyak perkara yang telah dikongsi pada malam tersebut yang tak mampu dikupas di sini.

 

DSC00795 (640x480) DSC00803 (640x480)

DSC00813 (640x480) DSC00814 (640x480)

DSC00820 (640x480) DSC00819 (640x480)

DSC00816 (640x480)  Dari kanan : Ustaz Sudirman (berdiri), Ustaz Djamal, sdr. Zaim (pengerusi majlis), Tn. Hj. Abdul Fatah, Tn. Hj. Sufyan

 

Setelah sesi soal jawab yang agak sensasi, majlis ditutup dengan jamuan malam. Kebetulan pada malam tersebut, “rally” Gaza telah diadakan di Qatar Sports Club yang dipimpin oleh ulama’ terkemuka di Timur Tengah, antaranya Dr. Yusuf Al-Qaradawi, maka ramai yang tidak dapat hadir ke forum ini. Walau bagaimanapun, syukur ke hadrat Allah walaupun bilangan yang hadir kurang sedikit, tetapi hadirin hadirat sungguh komitted dan memberikan respons yang hangat.

Semoga 50 jemaah haji Malaysia dari Qatar yang baru pulang mengerjakan haji dapat terus istiqamah dan terus menyimpan “kunci syurga” yang mudah-mudahan telah diperolehi. Amin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s