Usrah Ali, Qatar

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” -Surah az-Zariyat: 56

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Niat

Posted by Admin on 24 December, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

The matrix & Hakikat sebenar kehidupan

Posted by Admin on 23 October, 2009

Industri Hollywood menjana pendapatan melebihi 40 billion dollar pada tahun 2005. Untuk terus menjana pendapatan yang besar dan terus berkembang, industri tersebut perlu memuaskan selera peminat dengan menggunakan special effect serta mengahsilkan plot cerita luar biasa yang boleh menarik perhatian.

Ada beberapa percubaan yang agak mengarut, seperti menyamakan tuhan dengan manusia (Almighty ?). Walaubagaimanapun, saya akui ada sebahagian percubaan tersebut sedikit mengejutkan kerana ia kadangkala menyampaikan sesuatu yang sudah kita percayai (samada secara kebetulan atau tidak). Filem yang saya maksudkan ialah The Matrix yang dikeluarkan pada tahun 1999. Mungkin ada yang melihat bahwa filem tersebut hanyalah satu sci-fi yang menarik, tetapi ia membawa sedikit pengajaran. Mungkin ramai yang teruja dengan satu babak dalam filem ini di mana Neo (watak utama dalam filem ini) dengan sepantas kilat mengelak beberapa biji peluru.

matrix bullet dodge

Neo sedang mengelak peluru!

 

Walau bagaimanapun, pada saya bab yang menarik perhatian ialah yang ditunjukkan di bawah. Ia dalah babak di mana Neo dapat melihat dengan sebenar-benarnya bahwa realiti kehidupannya hanyalah satu drama. Dalam filem tersebut manusia sebenarnya dikawal oleh komputer dan semua manusia tidur dan segala pengalaman mereka hanyalah programme yang disalurkan terus ke otak. Dalam erti kata lain, manusia terpedaya tanpa disedari. Di dalam babak di bawah, Neo dapat melihat bahwa segalanya hanyalah programme semata-mata, bukan realiti.

 

Artikel saya kali ini bukan untuk mengajak kita menonton filen hollywood, sebaliknya segala pengajaran yang kita perlukan untuk kehidupan kita telah diturunkan dalam bentuk wahyu. Banyak sungguh ayat  al-quran yang mengingatkan kita tentang sesuatu yang pasti terjadi. Antara yang paling mengesankan saya ialah apabila saya mempelajari tafsir ayat-ayat berikut:

وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ (١٢) وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ (١٣) عَلِمَتۡ نَفۡسٌ۬ مَّآ أَحۡضَرَتۡ (١٤

Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12) Dan apabila Syurga didekatkan. (13) (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14)

Hakikatnya, setiap yang kita lakukan di dunia ini lebih mendekatkan diri kita ke syurga atau neraka. Apabila kedua-dua syurga dan neraka dipertotonkan, manusia akan mengetahui betapa berharganya sesuatu amal saleh dan betapa bahayanya dosa!Andaikata kita dapat melihat syurga setiap kali kita melakukan amal saleh dan neraka setiap kali kita melakukan dosa, sudah tentu realiti kehidupan manusia berbeza. Alangkah ngerinya apabila api neraka itu dijulang untuk bakal penghuninya dan alangkah indahnya apabila nikmat syurga ditayangkan buat penghuninya. Bayangkan sesuatu yang amat dijijikkan di dunia ini dan sesuatu yang amat kita senangi di dunia ini, apa yang ada di akhirat sudah tentu tiada bandingannya. Benar sungguhlah isi kandungan suratul asr (Demi masa).

Apakah nilai kehidupan kita?

وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (٦٤)

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (64)

Marilah kita sama-sama menambah kepekaan kita terhadap hakikat dunia yang sebenar, dan bahwa Allah yang maha melihat senantiasa memerhatikan kita! Semoga kita menjadi hamba yang dikasihinya.

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Kisah di sebalik doa.

Posted by Admin on 28 September, 2009

Berdoalah! Berdoalah! Berdoalah!

Allah s.w.t sangat sukakan hambanya yang berdoa. Berlainan dengan manusia, makin diminta makin jemu, tapi dengan Allah s.w.t, makin kita pinta, makin disukainya.

Adakalanya kita terperanjat dengan doa kita dimakbulkan, padahal Allah s.w.t, telah berjanji untuk mengabulkan doa hambanya yang meminta. Lebih-lebih di kala dan situasi tertentu. Berdoa untuk muslimin lain, antara azan dan qamat, satu pertiga terakhir malam, di dalam sujud, sewaktu berpuasa, di multazam, di padang arafah, bermusafir dan banyak lagi!

Firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي

سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (Surah Al-Ghaafir, ayat 60)

Berdoalah untuk syurga! Berdoalah untuk keampunan dan keredhaan Allah! Berdoalah untuk kedua ibubapa kita samada masih ada atau tidak, berdoalah untuk umat kita, berdoalah untuk segala kebaikan dunia dan akhirat!

Saya teringat dua kisah doa peribadi saya.

Pertamanya, sewaktu di sekolah menengah berasrama. Saya memohon kepada Allah dikurniakan “pocket money” sebanyak 3 kali. Saya mendapat hadiah RM 10 sebanyak 3 kali dari 3 orang yang tak disangka-sangka. Allah mahu mengajar saya untuk berdoa!

Anak pertama saya, adalah lelaki. Yang kedua perempuan dan ketiga juga perempuan. Ada kisah doa di sebalik jantina anak-anak saya sebenarnya. Sebelum saya dikurniakan anak pertama, setelah solat, saya berdoa supaya dikurniakan anak yang saleh, isteri mengaminkan. Sebelum anak kedua, saya berdoa untuk anak yang salehah, isteri mengaminkan. Sebelum anak ketiga, saya berdoa lagi untuk anak yang salehah, isteri mengaminkan juga. Nota: Saya tak pasti isteri saya perasan atau tidak sewaktu mengaminkan doa-doa tersebut, tetapi dari segi bahasa arab, saleh merujuk kepada lelaki, salehah merujuk kepada perempuan. Berdoalah! segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

berdoa1

Sekadar gambar hiasan

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Bilakah 1 Syawal 1430H? Nigeria, falak dan cerapan (ru’yah)

Posted by Admin on 19 September, 2009

InsyaAllah, kemungkinan besar Eidulfitri 1430H di Qatar akan jatuh pada hari Isnin, 21hb. September 2009. Ini adalah berdasarkan kiraan falak bahwa anak bulan TIDAK MUNGKIN kelihatan pada 19 hb. September 2009 seperti di bawah ini yang saya ambil dari moonsighting.com. Ia menunjukkan bahwa Qatar tidak termasuk pun di dalam zon merah iaitu “visible with optical aid only” pada 19 September 2009.

image

Perlulah diketahui, sebenarnya pengunaan ilmu falak tidak akan dapat dijadikan kriteria penentuan ramadhan/syawal kerana sunnah telah menetapkan bahwa permulaan eid adalah dengan kelihatannya anak bulan.

Ilmu falak hanya boleh menetukan samada

1)MUSTAHIL atau tidak anak bulan kelihatan

2)Adakah MUNGKIN anak bulan akan kelihatan

Tetapi ilmu falak sekali-kali tidak akan dapat mengatakan bahwa anak bulan PASTI akan kelihatan kerana “visibility” dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kedudukan anak bulan, moonset, cuaca dan sebagainya.

Pengunaan ilmu falak sebenarnya amat berguna bagi “verification”/pengesahan. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-rahman ayat 55:

ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ۬

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.

Oleh kerana bulan beredar dengan hitungan yang tertentu, maka kedudukan bulan dapat dikira dengan tepat sekali dengan ilmu falak.

Bagaimana jika ada saksi yang mengatakan bahwa dia melihat anak bulan tetapi mengikut perkiraan anak bulan MUSTAHIL akan kelihatan? Sudah tentu pensaksian sipolan tersebut tidak benar.

Walau bagaimanapun, samada ia diterima oleh kerajaan atau badan yang menetapkan tarikh permulaan secara rasmi adalah isu yang berlaianan. Itulah sebabnya saya menggunakan perkataan kemungkinan besar di awal maqalah ini. Dengar khabarnya, bermula tahun ini kerajaan Arab Saudi sudah mula menggunakan falak bagi verification purpose. Secara peribadi, saya harap ia menjadi kenyataan agar tidak wujud lagi permulaan ramadahan/syawal sebelum wujudnya anak bulan!

PERHATIAN : Sebahagian kecil kawasan Arab Saudi (barat/barat daya, sekitar Taif/Jizan) mungkin boleh melihat anak bulan dengan bantuan teleskop. Oleh itu Arab Saudi mungkin menyambut 1 Syawal pada 20 hb. September, Ahad. Oleh kerana Qatar mengikut Arab Saudi, maka masih ada kemungkinan Qatar juga menyambut 1 Syawal pada hari yang sama.

Saya tersenyum sendiri mengingatkan bagaimana sewaktu saya berada di Nigeria, setiap tahun, setiap kali cerapan dibuat, setiap ramadhan dan syawal, anak bulan akan kelihatan di Nigeria tanpa putus-putus!!

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, peristiwa di Nigeria itu menimbulkan minat saya untuk mengkaji serba sedikit mengenai falak, khususnya bilakah anak bulan akan mula kelihatan. Ada juga hikmahnya :)

Saya pernah ditanya oleh yang bukan Islam, mengapa kita menggunakan cerapan bagi menetukan permulaan hari raya, kenapa tidak dengan kiraan sahaja? Saya katakan Islam itu mudah, jika kita berada di mana-mana tempat sekalipun, contohnya di tempat di mana kita tiada komunikasi radio, tv, telefon dan sebagainya, kita masih boleh menentukan permulaan bulan kita dengan hanya mendongak di langit! Islam itu mudah.

Wallahua’lam.

29 Ramadhan 1430H.

image 

Nota: Matahari terbenam pada jam 5.34 petang hari Sabtu (19 Sept) di Doha, dan bulan terbenam 12 minit kemudian!!Mustahil untuk dilihat berdasarkan kedudukan dan masa.

image

Nota: Pada 20 hb. bulan terbenam pada jam 6.24 petang. Ia mungkin hampir-hampir boleh dilihat pada kedudukan azimuth 252 darjah (menghala ke barat), dan kedudukan ufuk 4 darjah pada jam 6 ptg.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Bilakah Lailatul Qadr?

Posted by Admin on 17 September, 2009

Rasulullah s.a.w. telah menyebut bahwa tanda telah terjadinya lailatul qadr ialah matahari pada pagi keesokannya terbit tanpa sinar. Alhamdulillah, seorang ahli usrah kita, sauadara Norkhairil (a.k.a. Khairil Doha)  telah membuat satu usaha untuk menentukan bilakah malam ini terjadi. Dari satu segi, kita tidak dapat memanfaatkannya kerana ia adalah “after the fact”. Tetapi mudah-mudahan ia mewujudkan lebih kesedaran mengenai lailatul qadr sehingga lebih ramai yang akan merebutnya insyaAllah. Blog tersebut ialah di http://nkhairil.com

Oleh kerana hadis yang diquote dalam blognya hadis sahih, maka tiada apa yang kita perlu buat lagi selain yakin dengan tanda tersebut. Semoga telah ditulis bagi kita ganjaran beribadat lebih dari seribu bulan dan kita bertemu lagi dengan lailatul qadr seterusnya. Amin!

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Solat Witir di Bulan Ramadhan saja?

Posted by Admin on 14 September, 2009

Solat witir adalah solat yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. setiap malam, bukan di bulan Ramadhan saja. Ia adalah solat yang sangat dijaga oleh para sahabat. Malah, jika tertinggal solat witir tersebut, kita dianjurkan untuk menqada’kannya.

Ia adalah satu ibadah yang ditekankan sehingga Imam Abu Hanifah berpendapat ia adalah wajib walaupun majoriti ulamak lain berpendapat ia adalah sunnat muakad. Dalam masyarakat kita, sebahagian solat sunat lain lebih ditekankan sedangkan solat witir itu lebih utama.

Malahan, setelah Ramadhan berlalu, solat witir dipinggirkan. Jika kita tidak bangun qiyam atau risau tidak terbangun, ia bolehlah dikerjakan sebelum tidur. Paling minima, selepas dua rakaat sunat selepas solat isya’, kita kerjakan satu rakaat solat witir. Witir bermaksud ganjil. Allah itu esa dan menyukai witir. Semoga kita semakin hampir dengan Allah dengan solat witir kita.

Rujukan:

http://www.jamaat.net/ebooks/Fus/fus2_13.html

Gambar hiasan: Bermunajatlah di satu pertiga malam terakhir kerana Allah berjanji mengabulkan doa hambanya dan mengampunkannya.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Nasyid Ramadhan

Posted by Admin on 22 August, 2009

Semoga kita dapat lebih menghayati Ramadhan kali ini. Amin.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Memahami Ibadat Iktikaf

Posted by Admin on 22 August, 2009

Jenis-jenis iktikaf

Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.

Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: “Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.


Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya’la bin Umayyah berkata: ” Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf.”


Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.


Rukun-rukun iktikaf

  1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
  2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami’, kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami’. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.


Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)

  1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
  3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
  4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.


Hal-hal yang membatalkan iktikaf

  1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
  2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
  3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
  4. Haid atau Nifas
  5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
  6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).

Diambil daripada “http://ms.wikipedia.org/wiki/Iktikaf

Nota Naqib: Ibadah iktikaf adalah sunnah Rasullah, khususnya di 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Usrah Ali 14 hb May 2009

Posted by Admin on 15 May, 2009

Tempat : Zahratul Wadi

Majlis dimulakan dengan solat Isya’ pada 7.50 pm berjemaah.

Setelah jamuan malam, majlis dimulakan dengan tayangan ringkas video “Hearts of A Muslim”

 

Usrah Ali juga telah memperkenalkan Anugerah Kamil. Nama Kamil diambil dari nama Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, yang mungkin tidak asing lagi bagi kita di Qatar ini. Dalam banyak segi, beliau adalah seperti kita, mempunyai pekerjaan sepenuh masa, berkeluarga dan sebagainya. Namun dalam kesebokkan beliau, beliau gigih mengingatkan manusia kana kebesaran Allah dan menyeru manusia untuk mengabdikan diri kepadaNYA. Beliau adalah contoh yang sangat baik bagi kebanyakkan kita. Saya pernah berkata kepadanya, jika ramai manusia sepertinya, sudah tentu dunia ini penuh dengan kebaikan, dan saya katakan yang tersebut dengan ikhlas.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita jika kita tidak berterima kasih pada manusia, maka kita tidak berterima kasih pada Allah. Pihak usrah Ali memberi cenderahati Anugerah Kamil, kepada ahli-ahli usrah Ali berdasarkan mana-mana kriteria berikut:

-          Menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti usrah Ali dari segi kehadiran, penglibatan, pengisian dan sebagainya.
-          Memberi sumbangan dari bentuk tenaga, masa dan sebagainya bagi menegakkan syiar Islam dalam apa jua bentuk pun, yang dirasakan besar ataupun kecil

Sesungguhnya setiap mukmin akan menjadi saksi kepada mukmin yang lain. Semoga penghargaan kecil ini menjadi berita gembira kepada mukmin tersebut untuk terus berusaha di jalan Allah dan menjadi contoh kepada sahabat-sahabat yang lain untuk berlumba mengerjakan kebaikan.

Penerima Anugerah Kamil yang julung kali ialah Tn. Hj. Khairil Anuar bin Zainal Abidin. Sekembalinya beliau dari mengerjakan haji, beliau telah memulakan usrah di Dukhan. Beliau sentiasa terkehadapan dalam memberi segala bantuan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti usrah dan agama. Malah beliau sanggup memandu dari Dukhan bagi setiap perjumpaan usrah Ali. Mabruk, semoga terus istiqamah.

Kemudian ceramah bertajuk “Raising Up Children” telah diberi oleh Sheikh Nabegh Bseisu. Bagi yang ketinggalan, ceramah tersebut boleh didownload dari sini.

DSC00287

Jazakumullah khairan kasiran kepada tuan rumah, sdr Arbain dan keluarga.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Buat ibu yang tercinta

Posted by Admin on 9 May, 2009

Khusus buat semua ibu, tidak kira samada hari ibu atau tidak, dikaulah ibuku yang tercinta.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers