Usrah Ali, Qatar

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” -Surah az-Zariyat: 56

Archive for the ‘Tazkirah’ Category

Sayidul Istighfar

Posted by Admin on 23 March, 2010

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Tazkirah oleh Ustaz Usman

Posted by Admin on 12 March, 2010

11 March 2010, 25 Rabiulawal 1431H

Bertempat gi Green Village Clubhouse

Nota (harap maaf terlalu ringkas) diambil sewaktu ceramah :

Silaturahim adalah satu usaha yang tak sia-sia sebagaimana usrah ini.

Hikmah bersilaturahim – barangsiapa yg ingin diluaskan rezekinya atau panjang umur, bersilaturahim

1. Rezeki yang sifatnya di dunia (informasi contohnya) dan balasan di akhirat

2. Dipanjangkan umurnya

Suratul Asr – Mengingatkan dalam kesabaran dan kebaikan Berdoalah kita supaya dipanjangkan umur Dan bagus amalannya

Sebaik-baik manusia panjang umur dan baik amalnya. Yang buruk ialah panjang umur dan buruk amalnya

Standard kebaikan : Allah itu baik Dan tak menerima yang tak baik walaupun niatnya bagus. Disebutkan dalam satu hadis, laki-laki yang dalam keadaan musafir, kusut, badannya berdebu, menadah tangannya, tetapi makannya haram, minumnya haram, maka bagaimana doanya dikabulkan sedangkan orang yang musafir dimakbulkan doa apatah lagi ketika mengangkat tangannya ke langit. Maka selain mencari rezeki yang halal, bersikap amanahlah kita dalam pekerjaan.

Nota tambahan/kesimpulan : Berhati-hatilah dengan dua perkara yang merosakkan dan berpeganglah kepada dua perkara yang penting.

1. Janganlah kita memutuskan silaturahim kerana ia dosa yang sangat besar dan menghalang kemapunan dosa. Sebaliknya menyambung silaturahim adalah sesuatu yang sangat dianjurkan.

2. Carilah rezeki yang halal dan gunakanlah ia dijalan yang diredai Allah kerana ia akan dihisab kelak

DSC00284

Bermuafakatlah dalam kebaikan. Sekadar gambar hiasan

Posted in March 2010, Tazkirah | Leave a Comment »

A Meeting with Allah

Posted by Admin on 5 January, 2010

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Jauh perjalanan, luas pandangan

Posted by Admin on 18 September, 2009

Apakah perbezaan ketara antara masjid di Qatar dan masjid di Malaysia? Salah satu yang paling ketara adalah di bulan Ramadhan. Khususnya di waktu malam, sepuluh malam terakhir.

Jika kita pergi ke masjid di Doha, solat terawih akan disambung lagi di tengah malam. Selepas solat terawih yang dibuat sejurus selepas isya’ tiada witir. Kebanyakkan masjid akan menyambung solat terawih tersebut jam antara jam 11 dan 12 dan ada juga yang akan mengadakannya lewat sedikit sekitar jam 1. Kemudian barulah ditutp dengan witir.

Masjid di Qatar tidak sunyi dari mereka yang beriktikaf, bersolat malam, membaca quran di bulan Ramadhan walaupun di tengah malam. Jika kita pergi ke banyak masjid/surau di Malaysia, ia akan sunyi pada waktu tersebut, malah ia juga mungkin dikunci! Satu perbezaan yang sangat ketara.

image

Gambar hiasan : Di dalam salah sebuah masjid di Doha

Memang tidak salah qiyamulail di rumah saja di bulan Ramadhan, tapi kehadiran di masjid boleh dijadikan kayu ukur secara kasar.

Bolehlah dibayangkan, jika yang beribadat di masjid hampir tiada langsung, berapa ramaikah yang beribadat secara bersendirian? Dan bolehlah juga dibayangkan, jika di tengah malam pun masjid agak meriah, sudah tentu tidak kurang rumah yang penghuninya beribadat.

Benarlah kata pepatah, “Jauh perjalanan, luas pandangan”. Sebenarnya persekitaran, rakan, bentuk aktiviti seharian kita, mempunai “cumulative effect”/kesan terkumpul pada diri kita. Semoga segalanya baik bagi kita. Syukurlah kita berada di Qatar! Semoga kita dapat memanfaatkannya. Hitunglah tahun yang berlalu kita di sini, apakah yang telah kita capai? Adakah pencarian rezeki semata-mata? Ingatlah kepada Allah kita kembali!

Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.  Al-Mulk:15

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Ni’mat

Posted by Admin on 6 May, 2009

LND_1156_3

Gambar oleh Norkharil Mohamad, disunting oleh Mohsin Mohamad.

 

Mudah-mudahan di padang mahsyar kelak, kita bercahaya terang dengan iman kita dan juga waktu untuk melintas titisan sirat. Ya Allah, berilah kami penyudahan yang terbaik dan bangkitkanlah kami dalam golongan hambamu yang beriman dan beramal saleh.

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Diharamkan neraka ke atasnya dan pastinya ahli syurga!!

Posted by Admin on 16 April, 2009

Abdullah bin Mas’ud narrated that the messenger of Allah s.a.w. said : “Shall I not inform you of whom the Fire is unlawful and he is unlawful for the Fire? Every person who is near (to people), amicable, and easy (to deal with)” Hasan.

Dipetik dari  Hadis No. 2488, terjemahan English Jami’ At-Tirmidhi, Darussalam

Terjemahan komentari hadis ini:

Hadis ini menyebutkan lembut hati, mempunyai harga diri dan beradab tingkah laku adalah kunci ke syurga. Sebabnya adalah mereka yang ditahan dari memasuki neraka adalah juga mereka yang neraka adalah kawasan larangannya, Oleh itu dia sudah pasti, pastinya, seorang ahli syurga!

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Sampai bila lagi?

Posted by Admin on 10 April, 2009

Sampai bila lagi….?

Renungkan soalan tersebut selama seketika. Apakah makna soalan tersebut bagi anda?

Adakah anda mempunyai makan yang cukup? Bumbung untuk berlindung? Pakaian yang menutup aurat?

Lebih dari itu?? Rumah yang selesa dan perkakas eletronik, handphone yang canggih? Kenderaan yang terbaru dan selesa? Masa lapang untuk bersiar-siar dan menjalankan hobi anda? Pakaian berjenama? Kad kredit gold/platinum?

Sampai bila lagi hidup harus terasa kosong? Sampai bila lagi kita bangkit dari tidur kita memikirkan cara untuk kita berhibur menutup jiwa yang kosong? Sampai bila lagi kita harus hidup berpura-pura tidak tahu akan janji Allah, azab allah dan nikmatnya yang kekal tanpa batasan? Sampai bila lagi hidup kita hari-hari tidak membawa manfaat yang kekal? Sampai bila lagi waktu lapang kita dipenuhi dengan hiburan saja? Bukankah kita dijadikan untuk mengabdikan diri kepadanya?

Katakanlah kita tidak bersedia, tapi adakah kita akan mengatakan yang sama bila roh hampir berpisah dengan jasad? Bolehkah apabila malaikat maut datang menyapa kita menyuruhnya tangguh kerana kita tidak bersedia? Adakah kita akan mengatakan yang sama apabila jasad kita diturunkan ke liang lahad? Adakah kita akan mengatakan perkara yang sama apabila malaikat mungkar dan nakir menyoal? Adakah kita akan mengatakan perkara yang sama kelak bila neraka dinyalakan dan syurga dihampirkan? Di hari di mana manusia hanya akan ada dua nasib dan bukan lagi pilihan, azab yang tersangat perit tidak terkata atau nikmat yang tak dapat dibayangkan?

Sampai bila lagi…baru nak berubah? Sampai bila lagi baru nak bersedia?

Sampai bila lagi…baru nak solat lima waktu sehari semalam dan berjemaah? Mempelajari al-Quran dan ajaran Islam? Menunaikan zakat? Meninggalkan riba, maksiat dan yang haram? Sampai bila lagi kita tidak mengendahkan mereka yang memerlukan bantuan kita? Sampai bila lagi kita nak tangguhkan rukun Islam kelima? Sampai bila lagi kita hanya menyimpan Islam untuk diri kita sendiri?

Tahukah anda berapa banyak air mata yang mengalir kerana mengingatkan nasib anda? Berapa banyak keringat yang tumpah mengharapkan sesuatu dari anda? Berapa banyak harta dan masa, malah sepenuh masa hidup dihabiskan untuk anda? Berapa banyak jiwa yang terkorban supaya anda mendapat manfaat!?

Siapakah mereka itu dan untuk apa mereka laukan semua itu kerana anda?

Mereka itulah Rasullullah s.a.w, para sahabat2nya radiallhuanhum, pejuang2 Islam seterusnya sehingga ke para da’ie, guru-guru, pendakwah, malah mungkin saudara atau rakan-rakan anda sendiri!

Berapa banyak nyawa yang perlu Allah tarik supaya kita sedar? Berapa banyak bencana yang perlu Allah turunkan?

Adakah kita menanti musibah menimpa kita baru kita bersedia?

Sekali lagi…Adakah kita menanti musibah menimpa kita baru kita bersedia?

Nauzubillah.

Semoga kita tidak lalai dan sedar bahwa Allah yang maha pengasih sangat-sangat menginginkan kita kembali padanya, dan memberi kita peluang setiap hari untuk memulakan hidup yang baru, hidup yang bermakna, dunia dan akhirat.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Nabi saw. bersabda: “Allah berfirman: “Aku menurut dugaan hambaKu terhadap Aku dan Aku bersama dengan dia, apabila dia mengingati (menyebut) Aku. Apabila dia menyebut Aku dalam hatinya, nescaya Aku menyebutnya pula sendiriKu. Dan kalau dia menyebut Ku di hadapan orang banyak, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang banyak yang lebih baik Kalau dia mendekatkan diri kepada Ku sejengkal, nescaya Aku mendekat kepadanya sehasta. Dan kalau dia mendekatkan diri kepada Ku sehasta, nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan kalau dia datang kepada Ku berjalan biasa, nescaya Aku datang kepadanya berlari.” Riwayat Bukhari

Dari Anas bin Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah tabaraka wa ta’ala berfirman “Wahai anak Adam, selagi engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dosa-dosamu yang telah lampau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosamu mencapai petala langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau mendatangi-Ku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, kemudian engkau mendatangi-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan- Ku dengan sesuatu apapun, nescaya Aku akan mendatangimu dengan sepenuh bumi ampunan”. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi, hasan.

Tahniah, anda masih bernafas lagi, mari kita jadikan hari ini hari yang bermakna!

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Meninggalkan debat

Posted by Admin on 8 April, 2009

Ibnu Abbas berkata, “Janganlah kamu mendebat orang bodoh lalu dia akan menyakitimu dan jangan pula mendebat orang yang penyantun lalu dia meninggalkanmu”.

Nabi s.a.w. bersabda “Siapa yang meninggalkan debat sedangkan dia salah maka dibangun untuknya rumah di bahagian syurga, dan siapa meninggalkan debat sedangkan dia benar maka dibangun untuknya rumah di bahagian atas syurga” Diriwayatkan oleh Tirmizi dan dihasankannya.

Demikianlah orang yang berada di pihak salah diwajibkan meninggalkan debat, sedangkan Nabi s.a.w. menjadikan pahala sunnah (yakni sunnah bagi orang yang berada di pihak yang benar untuk meninggalkan debat) lebih besar, kerana diam sebagai pihak yang benar lebih berat ketimbang diam sebagai diam sebagai pihak yang batil. Pahala diberikan berdasarkan kesulitannya.

Faktor penyebab yang paling mudah menyulut api kedengkian antara saudara adalah perdebatan dan persaingan, kerana ia mengakibatkan putusnya hubungan. Putusnya hubungan dimulai dari pendapat kemudian ucapan dan akhirnya fizikal. Nabi s.a.w. bersabda:

“Janganlah kalian saling makar, janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling memutuskan hubungan dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara sesama muslim, tidak menzaliminya, tidak mengahalanginya, dan tidak menghinakannya. Cukuplah seseorang dianggap telah berbuat kejahatan jika menghina saudaranya sesama muslim” Diriwayatkan oleh Muslim

Pelecehan yang paling berat adalah perbantahan. Orang yang membantah ucapan orang lain bererti telah menganggapnya bodoh atau lain sehingga tidak dapat memahami sesuatu sebagaimana semestinya.

 

Komen Naqib : Harap maaf pengunaan sebahagian pengunaan bahasa Indonesia kerana artikel ini saya ambil dari terjemahan Indonesia, Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa), intisari kitab Ihya’ Ulumuddin yang telah ditashihkan oleh Said Hawa.

  • Teruskan perbicangan ilmiah, tetapi jauhilah perdebatan emotional yang keihlasan kerana Allah sangat2 diragui, apatah lagi jika ia sudah cenderung menjauhkan silaturahim.
  • Amalkan merenung kembali apa yang kita perkatakan dan melihat apa yang kita tulis, adakah ia diredhai Allah atau ditulis/ dikatakan dengan mengikut nafsu?
  • Biasakan diri kita jijik dengan kata-kata kesat seorang mukmin kepada seorang mukmin yang lain.
  • Di samping itu terimalah teguran dengan bijaksana dan jika ia tidak betul, berterima kasihlah kepada yang memberi nasihat walaupun ia tidak tepat.
  • Utamakan silaturahim dan menjaga hati mukmin yang lain dari mempertahankan fakta yang mungkin tak relevan mana pun.
  • Jika kita cepat melenting atau ego mudah terusik, didiklah hati kita.

Serulah kepada Allah dengan hikmah dan bijaksana. Semoga kita (termasuk saya sendiri) dapat terus memperbaiki hati agar amal yang lahir dari kita cemerlang dan diterima Allah. Terima kasih kepada yang menegur saya secara langsung dan tidak.

Kadang2 ada yang terasa dengan apa yang saya tulis, harap maaf jika begitu. Mungkin inspirasi untuk posting di sini timbul atas peristiwa2 tertentu, tapi ia tetap ditujukan kepada umum.

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Keutamaan Membantu Mukmin lain dan Kelebihan Menuntut Ilmu

Posted by Admin on 8 April, 2009

HADITS KETIGAPULUH ENAM (Arbain An-Nawawi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :  مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ. وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَأَ      فِي عَمَلِهِ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

(رواه مسلم)

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, niscaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa  yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.

(Riwayat Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث  :

1.     Siapa yang membantu seorang muslim dalam menyelesaikan kesulitannya, maka akan dia dapatkan pada hari kiamat sebagai tabungannya yang akan memudahkan kesulitannya di hari yang sangat sulit tersebut.

2.     Sesungguhnya pembalasan disisi Allah ta’ala sesuai dengan jenis perbuatannya.

3.     Berbuat baik kepada makhluk merupakan cara untuk mendapatkan kecintaan Allah Ta’ala.

4.     Membenarkan niat dalam rangka mencari ilmu dan ikhlas di dalamnya agar tidak menggugurkan pahala sehingga amalnya dan kesungguhannya sia-sia.

5.     Memohon pertolongan kepada Allah ta’ala dan kemudahan dari-Nya, karena ketaatan tidak akan terlaksana kecuali karena kemudahan dan kasih sayang-Nya.

6.     Selalu membaca Al Quran, memahaminya dan mengamalkannya.

7.     Keutamaan duduk di rumah Allah untuk mengkaji ilmu.

 

Diambil dari http://haditsarbain.wordpress.com/2007/06/09/hadits-36-membantu-sesama-muslim/

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

10 Tipu Daya Syaitan

Posted by Admin on 5 April, 2009

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. ” ( An-Nisa’: 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut…
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.” (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering “ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

 

Diambil dari emel, terima kasih. Sumber asal tidak dapat dipastikan.

Posted in Tazkirah | 1 Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers