Usrah Ali, Qatar

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” -Surah az-Zariyat: 56

Archive for the ‘Sekadar Bicara’ Category

Berkenaan Hari Raya

Posted by Admin on 19 September, 2009

Bagi persiapan kita menghadapi hari raya, saya sertakan beberapa link mudah2an bermanfaat insyaAllah, sebahagian diforwadkan oleh rakan-rakan2, jazakumullah khairan kasiran.

image

Rujukan:

Aidilfitri – dari kitab fiqh sunnah

Lafaz takbir bersama makna perkataan demi perkataan

Menghayati takbir raya

Pelbagai informasi Aidilfitri

Shawwal: What to Do On Eid Night, Eid Day, and During the Month

2 Eids : What to do In Eid

 

Semoga kita beroleh keampunan Allah s.w.t. dan Allah menerima amal kita.

29 Ramadhan 1430H.

Posted in Sekadar Bicara | Leave a Comment »

Pulangan pelaburan yang berganda

Posted by Admin on 8 April, 2009

Dewasa kini, masyarakat kita telah mulai sedar bahaya riba dan pentingnya meraih rezeki yang halal, Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, kebiasaannya, oleh kerana pelaburan berunsurkan syariah mempunyai skop yang agak kurang dari pelaburan konvensional, keuntungan yang biasa diperolehi juga mungkin agak kurang.

Sudah tentu ini terjadi apabila pelaburan syariah tidak terlibat dalam unsur kezaliman/peras-memeras /leverage trading sistem konvensional dan riba yang wujud sekarang yang telah mengawatkan ekonomi sedunia baru2 ini. Sudah tentu ini terjadi apabila pelaburan syariah tidak mendapat bahagian untuk pusat perjudian atau yang agak tinggi dan perniagaan yang memuaskan nafsu/ketagihan seperti arak, rokok dan sebagainya.

Persoalannya, di mana kita nak laburkan wang kita jika alternatif yang kita ada membawa pulangan yang lebih kecil?

Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh seorang mukmin. Bagi seorang mukmin, punca rezekinya boleh datang dari pelbagai sumber yang tidak sangkakan dan dalam bentuk yang pelbagai juga, bukan sahaja dalam bentuk wang. Nikmat kesihatan, anak-anak yang taat, hidup yang harmoni dan tenang, ilmu dan amal yang bertambah, terselamat dari musibah yang kita ketahui ataupun tidak, semuanya itu adalah cara2 Allah menganugerahkan nikmatnya kepada kita dan ini semua tidak ternilai.

Bila kita berinfaq kerana Allah, ganjaran yang akan didatangkan kepada kita adalah berlipat ganda. Dapatkah ini semua disamakan dengan keuntungan konvensional yang mungkin mengatasi keuntungan pelaburan syariah sebanyak 2-3% setahun misalnya?

Insurans atau takaful? Credit card Islam atau konvensional? Islamic financing atau conventional loan? Islamic banking atau tidak? THE CHOICE IS CLEAR.

Takutlah pada Allah dan mari kita sama2 membersihkan harta kita, semoga hidup kita diberkatinya dan tiada lagi batu penghalang kita untuk berjaya dunia dan akhirat!

myinfaq

Posted in Sekadar Bicara | Leave a Comment »

Apabila kita baru bermula…..

Posted by Admin on 27 February, 2009

Dalam mana-mana amalan baik yang kita cuba mulakan, pasti ada rintangannya. Rintangan ini adalah ujian dari Allah. Malahan ada kalanya kita rasa terlalu banyak sehingga kita rasa ia bukanlah perkara yang sesuai dilakukan. Sebenarnya pengalaman inilah yang mengajar kita dan mudah-mudahan mengangkat darjat kita.

Mafhum Firman Allah s.w.t.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. Ali-Imran:142

Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? Al-Ankabut:2

Saya suka mengambil contoh da’wah Rasulullah s.a.w. ke Taif pada peringkat permulaan. Beliau telah dimusuhi  dengan lebih teruk lagi dari pihak Quraisy sehingga bajunya berlumuran darah. Secara kasarnya, jika ia terjadi pada orang lain, mungkin ada yang mengatakan da’wah tersebut adalah sia-sia kerana bukan sahaja tidak ada seorang pun yang menerima da’wah tersebut, malah ia memudaratkan diri. Tetapi adakah da’wah tersebut sia-sia?

Saya harap rakan-rakan (termasuk diri saya sendiri) tidak patah semangat untuk terus berusaha memperbaiki diri diri, keluarga dan meningkat syiar Islam dalam apa jua bentuk pun. Sama-samalah kita mengalakkan rakan-rakan kita untuk meneruskan segala amalan mulia kerana syaitan dan hawa nafsu senantiasa mengajak kepada yang sebaliknya. “Jihad” kita diteruskan….

Posted in Sekadar Bicara | Leave a Comment »

Usrah Ali..dari mana ke mana?

Posted by Admin on 22 February, 2009

Pada usrah yang telah lepas, selepas tazkirah oleh Ustaz Hasnol Fuad, saya ada sebutkan sesuatu pengamatan. Harap maaf dan izinkan saya mengulanginya lagi di sini.

Berapa kalikah setiap muslim telah diberi peringatan? Contohnya jika seseorang lelaki muslim  berumur 30 tahun, bermakna dia telah mendengar khutbah Jumaat selama lebih 20 tahun. Dalam setahun ada lebih kurang 50 minggu. 20 x 50 = 1000. Sekurang-kurangnya 1,000 kali! Ini tidak termasuk ceramah agama, nasihat-nasihat dan lain-lain lagi.

Jika semua khutbah Jumaat menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, sudah tentulah dari segi logiknya kita menyangka umat Islam seluruhnya akan senantiasa taat. Tapi sebaliknya, umat Islam hari ini agak lemah dan dibendung segala jenis masalah.

Apabila ayat pengharaman arak turun di Madinah, maka bandar Madinah mengalir dengan arak di jalan-jalan. Arak yang ditumpah dengan serta-merta. Sahabat-sahabat secara mutlak menerima pengharaman arak tanpa soal dan jawab. Begitulah para sahabat, jiwa yang telah dibajai dengan iman, pahala dan dosa, syurga dan neraka sebelum turunnya ayat-ayat hukum.

Kita bukan lagi berada di zaman turunnnya Al-Quran. Walau bagaimanapun, iman kita masih tetap perlu disuburkan. Usrah Ali merupakan forum kita bersama, satu-satunya forum khusus untuk kita. Maka marilah kita ambil peluang ini untuk mengisinya dengan apa yang kita perlukan sebanar-benarnya, iaitu suntikan semangat untuk menjadi mukmin yang sejati. Allah telah mentakdirkan kita sampai ke bumi anbiya’ ini, dan tidaklah Allah tuhan sekalian alam nenjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Apabila saya menulis artikel ini, dua perkataan muncul di benak pemikiran saya, “Keinsafan” dan “Perjuangan”. Mungkin itulah tema usrah kita pada tahun ini.

Semoga Allah menetapkan kita di jalan yang lurus.  Amin. Saya tutup bicara kali ini dengan satu nasyid popular, semoga menginsafkan kita.

Posted in Sekadar Bicara | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers