Apa dia itu “Golden Ratio“?
Posted by Admin on 19 April, 2009
UPDATE
19 April 2:00 pm
Berikut adalah makluman yang saya terima dari rakan.
Pada jam 6.10 petang Malaysia, Muadz Azhar dalam keadaan keadaan kritikal dan diberi bantuan CPR. Pada jam 6.40 petang Malaysia, beliau telah kembali ke rahmatullah.
Inna lilahi wa inna ilaihi raji’un, semoga Allah melipatgandakan segala kebaikan Dr Azhar dan keluarganya, menyempurnakan pemergian tersebut dan mengampunkan yang telah pergi.
—————————————————————————————
Saya baru menelefon kak Lina dan beliau meminta kita mendoakan untuk allahyarham Muadz dan juga untuk keluarganya. Sesungguhnya kita merancang, Allahlah yang menentukan. Sesungguhnya hidup kita ini semua sementara saja. Semoga allahyarham Muadz menanti2 masanya ke syurga. Amin.
17 April 6:45 pm
SMS dari seorang rakan dari Dr Azhar
“Asm Akhi. Condtn Muadz worsen, BP low, cant do dialysis n kidney function not gud. We r going thru dis test fr allah wt sabr n redha. Our rtn tunda 1 wk, pls tel ISC.”
10 April 2009 6:23 AM
Salam,
We juz finished discussing with the doctors and surgeons. Alhamdulillah, this morning Mu’adz showed some slight improvements in terms of the organ functions. The doctors reduced the medications for the blood pressure, heart beat and a few others and it seems that he is able to breathe slowly and maintain a reasonable blood pressure reading on his own. His kidney also showed some improvements – able to produce urine although only for a very small quantity. Their only concern now is the brain, as the bleeding is quite bad, but after some treatments it gave a slight positive result. The neurosurgeons are trying their best to work on this right now. Whatever it is, we are quite prepared for any possibilities that might occur. But please and please offer your supplications and doa for us. His condition is really bad but miracles do happen and there is still hope of surviving. We try our best but everything comes from Allah and it is He who knows what is best for His servants. Wallahu A’lam
Ammar
10 April 2009 4:28 AM
Salam,
Some updates on Mu’adz….his condition is very bad. Started wt many complications on the organs, some improved, n some worsened a lot. His kidney is not functioning, n he got jaundice since 3 days ago. Before, he used to give slight responses i.e. eyelids moving when we talked to him n recited the quran verses n ma’thuraat, but since yesterday he stopped doing so. The doctors also said that he is not giving other response as he should and suspected it had to do wt the brain. Last night, they scanned his brain, n the results were not positive. His brain is swollen n expanded a lot than a normal brain size and literally filled up the skull. The scan also showed that there were blood clots scattered in many parts of the brain which according to abah and also the other doctors is beyond treatment.
Menyedari perkara ini, kami sekeluarga sandarkan semua pada Allah dan mengharapkan yang terbaik buat kami seisi keluarga dan juga buat Mu’adz sendiri. Pohon doa daripada semua agar dipermudahkan segala urusan dan moga Allah menthabatkan hati kami sekeluarga. Wallahu A’lam. Abah just called me up to the icu, any updates i will post later if time permits.
- Ammar -
4 April 17:36
Assalamualaikum semua,
Untuk makluman semua warga Malaysia di Doha, anak Dr. Azhar, Muadz telah dimasukkan ke wad kecemasan HUKL awal pagi semalam. Kami sklrga di fahamkan yang beliau berada di bawah pengawasan rapi ketika ini setelah menjalani pembedahan di perut. Dr Azhar dan Kak Lina telah berlepas ke K.L untuk memberi sokongan semangat kepada anak kesayangan mereka.
Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan adik Muadz moga2 beliau cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
Wassalam.
Azman
——————————————————————————————-
Berikut saya petik dari blog seorang rakan adik Muadz..
“Menurut sumber2 tertentu, Muadz kena serangan bakteria sewaktu beliau bermain bola dalam lecak. (mula2 aku ingat die keracunan makanan!) kemudian, bakteria jahat tersebut telah menyerang organ2 dalam badan beliau dan akhirnya sampai ke otak! jadi, otak dia sekarang bengkak. menyebabkan beliau tidak lagi menyedarkan dirinya, hanya menggunakan alat bantuan pernafasan. sistem dalam badan beliau juga banyak dah rosak. liver beliau tidak boleh berfungsi. jadi, bile (bile yg warna kuning tu.budak biologi tahu kot) tidak diproses dengan betul dan menyebabkan semua badan beliau bewarna kuning dan mengembung. hujung2 kaki dia bengkak dan bewarna kehitam2an. kesian dia. sedihnya. bukan apa, aku memang dah kenal dia lama, dari kecil lagi. jadi amat terasa la. tambah pulak, aku letak account friendster dia kat top friends aku.
nampak dari luar biasa je, macam orang tengah tidur nyenyak. tapi dekat dalam tu, Hanya Allah Yang Tahu bagaimana peritnya beliau menanggung kesakitan.
waktu aku datang tu, ramai kawan2 sekolah dia datang melawat. dah macam satu rombongan sekolah pulak! itula, orang yg baik hidupnya di dunia ni, akan disukai ramai(”,).
aku harap kita semua boleh mendoakan agar beliau kembali sihat seperti sediakala. syafahullah! hanya doa yang dapat kita lakukan.”
Komen Saya; Sebagai seorang ayah yang pernah menghadapi saat kritikal anaknya, saya tahu, hanya Allah sajalah yang dapat memberi kekuatan kepada Dr. Azhar dan kak Lina. Ya Allah berilah kekuatan kepada mereka dan sembuhkanlah adik Muadz. Ya Allah, tiada yang mustahil bagimu ya Allah, pemilik sekalian alam! Amin.
Posted in Lain-lain | 1 Comment »
Posted by Admin on 19 April, 2009

Berucap di ICTD 2009 (International Conference on Information and Communications Technology and Development) di Doha, Bill Gates menyeru supaya dipergiatkan lagi projek-projek untuk mereka yang miskin dan memerlukan bantuan di seluruh dunia.
Ada beberapa keganjilan di sini.
Memang sungguh ganjil apabila non-Muslim sangat terkehadapan dalam hal ini beranding Muslim lain sedangkan membantu mereka yang miskin adalah risalah utama di dalam Al-Quran.
Selepas mengakui keesaan Allah dan kerasulannnya, menolong sesama manusia adalah antara isi “syallbus” utama dakwah Rasulullah s.a.w., khususnya di awal kerasulannya.
Yang bukan Islam lebih terkehadapan dalam kerja kebajikan, yang bukan Islam lebih terkehadapan dalam mempelajari bahasa Arab. Maka tidak peliklah jika umat bukan Islam lebih maju dari umat Islam. Sesuatu untuk kita renungkan.
Posted in Lain-lain | 1 Comment »
Posted by Admin on 19 April, 2009

Qaradawi said that learning Arabic was the duty of all Muslims, saying that non-Arabic speaking Muslims should at least learn a little Arabic to perform their religious duties.
“We find our Muslims brethren from India, Pakistan or Bangladesh stay in Qatar for 20 years or so, but they leave the country without learning Arabic. How can such a thing happen in a country which takes pride in its Islamic and Arabic identity”, he asked.
- Dipetik dari Gulf Times, 18 April 2009, 22 Rabiulakhir 1430
Posted in Lain-lain | 1 Comment »
Posted by Admin on 17 March, 2009
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,”katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok – Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,”katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim – Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,”katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,”katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,”katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah
mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
Posted in Lain-lain | Leave a Comment »
Posted by Admin on 17 March, 2009
KOMEN NAQIB: Ini saya ambil dari email di MalaysianQatar, untuk renungan kita bersama. Terima kasih kepada yang berkongsi.
———————————–
Dari catatan seorang teman…
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan
runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu
pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor.
Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu
dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.
“Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya
tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana
saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam
diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang
saya alami itu. Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati,
adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” “Tak ada
apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.”Emak menjawab. Saya
masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada
apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan
minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.
Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.
Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya
genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali
lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri
tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau.” Airmata
sudah membasahi pipi. “Tak ada apa-apa” Tingkah mama
semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi
terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mama susah
nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama
terluka.Kadang- kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu
mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.”
Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah
meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit
pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat
tak?” Mama mula menangis. Saya tunduk.
“Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama
Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya
hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta
Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama
nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri
belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”
Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan
ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap
berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai
anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di
pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.
Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama
luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang
tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir
sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya
terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang.
Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.
Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga
dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana
ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam
program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada
peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya
harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan
didunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia
40-an. “Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya
kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan
lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.
Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri
terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara lelaki itu
seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut
ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung
menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak
juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai
dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan
kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam
tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas
segala silapnya selama ini.
“Syukurkamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa.
Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh
berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan
bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup
mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak.”
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu
kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat.
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,
malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.
Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei,
orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!”
Akhirnya dosa si anak diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
disebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin
ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat
tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah
hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.
Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.
“Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan
perbuatannya, sombong dengan perkataannya. “ An-Nisa’:36
Posted in Lain-lain | Leave a Comment »
Posted by Admin on 2 January, 2009
Sesetengah syarikat Israel dengan terang-terangan membantu gerakan Zionis. Janganlah kita dengan sengaja terlibat sama.
Website boycott Israel
Posted in Lain-lain | Leave a Comment »
Posted by Admin on 2 November, 2008
Perkataan yang sering digunakan di dalam Al-Quran
Posted in Lain-lain | Leave a Comment »