Usrah Ali, Qatar

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” -Surah az-Zariyat: 56

Archive for the ‘Februari 2009’ Category

Usrah Ali, 29 Februari 2009, 1 RabiulAwal 1430

Posted by Admin on 27 February, 2009

Selepas solat isya’, majlis dimulakan dengan jamuan malam yang sungguh enak, dengan satay, nasi lemak, bihun, dan lain-lain yang ditaja kali ini oleh Tn. Hj. Amran dan isteri. Semoga Allah meluaskan dan menambah berkat rezekinya dan keluarga.

Jamuan diikuti dengan tayangan video bagaimana seorang pemuda Australia menemui jalan hidayahnya.

Atas permintaan ramai, saya letakkan video tersebut di bawah ini.

 

 

 

 

 

Ustaz Hasnol Fuad pula telah membuat pengisian mengenai kepentingan infaq. Beliau telah mengisahkan satu hadis mengenai tiga orang yang miskin. Seorang cacat kulitnya, seorang botak dan seorang buta. Ketiga-tiganya diberi nikmat pulih dari masalah tersebut dan diberi ternakan yang banyak hingga kaya. Setelah diuji, hanya seorang saja yang bersyukur, dan hartanya diberkati Allah manakala yang dua orang lagi nikmat yang telah diberikan diambil kembali kerana mereka tidak bersyukur. Kisah tersebut cukup menginsafkan.

Beliau juga mengingatkan, jika setiap muslim mengenepikan 10% dari pendapatan bulanan mereka untuk bantuan kepada umat Islam, banyak masalah umat Islam dapat diselesaikan.

Agenda seterusnya adalah pengisian oleh rakan-rakan, yang dipimpin oleh Tn. Hj. Hazali, mengenai satu usaha infaq. Ia masih dalam peringakt permulaan. Segala komen dan pandangan rakan-rakan pada malam tersebut amat dihargai.

Majlis ditutup dengan Naqib mengajak rakan-rakan lain terlibat sama dalam pelbagai aktiviti masyarakat. Setakat ini sudah ada kelas fardu ain bagi kanak-kanak, usaha menyeru kepada infaq telah dimulakan, serta program umrah dan haji. Ada beberapa aktiviti lagi yang boleh dimulakan.

Akhir sekali, jutaan terima kasih pada rakan-rakan atas segala sokongan yang diberikan bagi aktiviti-aktiviti kita. Semoga Allah memberkati usaha kita.

 DSC_0055 DSC_0035

 

 

Video di atas adalah montage pada malam tersebut. Terima kasih kepada Tn. Hj. Adlan atas segala sumbangan foto. Maaf, kerana tiada audio.

Alhamdulillah.

Posted in Februari 2009 | 2 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers