Usrah Ali, Qatar

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” -Surah az-Zariyat: 56

Archive for the ‘Ceramah’ Category

Ceramah Umum : “QURAN DAN MUSA Alaihi Salam” oleh Ustaz Abdullah bin Ishari (Khamis 31 Mei 2012)

Posted by Admin on 28 May, 2012

Posted in Aktiviti Umum, Ceramah | Leave a Comment »

Ceramah Umum : “ASAS-ASAS RIBA DAN AZAB-AZAB YANG MENANTI” OLEH USTAZ ZAMEREY ABDUL RAZAK (ISNIN, 21 MEI 2012)

Posted by Admin on 20 May, 2012

Image

Posted in Aktiviti Umum, Ceramah | Leave a Comment »

Ceramah Umum : Peranan IbuBapa Ke arah Kecemerlangan Pendidikan Anak-Anak

Posted by Admin on 28 April, 2012

Posted in Aktiviti Umum, Ceramah, May 2012 | Leave a Comment »

Ceramah Umum : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Posted by Admin on 17 April, 2012

Assalamu’alaikum warahmatullah,

Tuan2 dan Puan2 yg dirahmati Allah sekalian,

Apakah semua orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan kekal di dalam Islamnya sampai ke akhir hayat? Ada di antaranya terkeluar dari agama Islam menjadi murtad dengan disedari, bahkan lebih malang lagi ramai yang murtad tanpa disedari.
Boleh jadi ada orang Islam yang sedang menunaikan ibadah haji, tapi tanpa sedar telah murtad. Betapa sia-sianya amal mereka!

Yang menjadi murtad itu kerana melakukan perkara-perkara yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah mereka. Yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah ialah mana-mana iktikad atau mana-mana perkataan atau perbuatan yang menunjukkan adanya pengingkaran dan penentangan kepada ucapan syahadah atau penentangan terhadap mana-mana satu juzuk dari ajaran Islam.

Tidakkah penting untuk kita mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah, yang juga boleh membatalkan seluruh amal ibadah yang diusahakan sepanjang hidup?

Untuk itu, satu pengisian umum mengenainya akan disampaikan oleh Ustaz Amir seperti berikut:

Tajuk : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH


Tarikh : 19 APRIL 2012 (KHAMIS)

Tempat : Ladies Club, Al-Bayan Garden

Masa : Selepas solat Isyak (Digalakkan solat di Masjid Al-Bayan atau masjid-masjid yang berdekatan)

Diharapkan Tuan/Puan sekeluarga dapat hadir bersama-sama dalam usaha menuntut ilmu yg bemanfaat untuk kita semua.

Jazakumullahu khairan katheera

Wasallam,
b.p Usrah Ali

*Jamuan ada disediakan. “Potluck” bagaimanapun digalakkan.

Posted in Aktiviti Umum, April 2012, Ceramah | Leave a Comment »

Ceramah Umum: HUDUD, Satu Penjelasan

Posted by Admin on 28 March, 2012

Assalamualaikum warahmatullah,

Tuan tuan dan puan puan yg dirahmati Allah sekalian,

Kebelakangan ini isu mengenai hudud ini menjadi satu topik yg hangat diperbincangkan dari segala peringkat masyarakat. Berbagai komentar datang dari perbagai pihak yg kadangkala mengelirukan kita. Adakah kita benar benar faham tentang apa dia hudud yg sebenarnya? Apa yg perlu kita ketahui tentang hudud ini? Bagi memberi penjelasan tentang isu ini, satu ceramah umum mengenai isu ini akan disampaikan oleh Ustaz Salman Ali seperti berikut:

Tarikh: Khamis, 29hb March 2012

Tempat: Green Village Club House, Al Waab

Masa: Selepas solat Isyak ( Digalakkan solat disurau Green Village)

Jamuan ada disediakan. Pot luck bagaimanapun  digalakkan.

Untuk makluman tuan puan, Insya Allah barisan baru Ahli Jawatankuasa Usrah Ali sessi 2012 -2014 juga akan diumumkan pada malam itu.

Diharapkan tuan puan dapat hadir bersama sama dalam usaha menuntut ilmu yg benmafaat untuk kita semua.

Wasallam,

Jazakumullah khairan kathiran

b.p Usrah Ali

Posted in Aktiviti Umum, Ceramah | Leave a Comment »

Link video ceramah Dr Abdullah Yassin di Qatar (Februari 2010)

Posted by Admin on 30 March, 2010

image

Jazakallah khairan kasiran kepada saudara Shahrul Kamal kerana bersusah payah merakamkan dan membekalkan video-video ini untuk diupload. Jazakumullah khairan kasiran kepada Tn Hj. Fairuz, Tn. Hj Abdul Basit yang menganjurkan program bermanfaat ini dan juga rakan-rakan lain yang terlibat. Hanya Allah yang dapat memberi ganjarannya. Semoga Allah kita diterima Allah hendaknya.

 

Harap maklum, setiap sesi ceramah dipecahkan kepada 3 hingga 5 file mp4 yang perlu dimuat turun ke komputer masing-masing untuk dimainkan melalui realplayer, media player, iphone, dan lain-lain.

Sila klik tajuk-tajuk di bawah untuk muat turun.

 

25 Februari 2010  -

Ciri-ciri keluarga Islam di JB Compound Doha (Program Kaum Ibu)

Memahami Sunnah dan Bidaah dalam Ibadat di Al Khor

 

26 Februari 2010

Amaran dan Janji Allah pada Umat Manusia di Jelaiah Compound, Doha

Kemurniaan Aqidah Jalan ke Syurga di Al Fanar, Doha

 

27 Februari 2010

Memahami Tuntutan Feqah, Aqidah dan Adat di dalam Kehidupan Harian di Dukhan

Taubat : Pengertian dan Cara-caranya di Wakra

Posted in Aktiviti Umum, Ceramah | Leave a Comment »

Kehidupan setelah kematian (bahagian pertama)

Posted by Admin on 26 August, 2009

Solat terawih di Al Fanar pada hari Sabtu tamat pada jam 8.45 mlm. Sejurus kemudian disambung oleh bahagian pertama sesi tazkirah Ramadhan yang diberi oleh Syeikh Nabegh Bseisu bertajuk “Life After Death”. Episod pertama tazkirahnya bermula dengan apa yang berlaku sejurus sebelum kematian.

Sebelum itu beliau menyebut hadis nabi bahwa sesuatu amal itu bergantung pada akhirnya. Amat malanglah jika sesorang itu meninggal sejurus setelah melihat sesuatu adegan yang tidak baik di kaca tv misalnya. Pada waktu akhir hayat seseorang, syaitan akan cuba untuk memesongkannya tapi bagi seseorang mukmin, Allah akan melindunginya.

Secara ringkasnya mereka yang beriman sebelum akhir hayatnya akan melihat banyaknya malaikat dengan rupa yang sangat elok, berbaju putih seluas mata memandang. Malaikat tersebut akan mententeramkan mukmin tersebut, mengingatkannya agar jangan takut dan jangan bersedih. Siapakah yang menyuruhnya mengatakan yang tersebut? Sudah tentutlah Allah. Maka dari waktu tersebutlah dia tak akan takut, walaupun di padang mahsyar. Perasaan lain akan ada, tapi tidak takut dan sedih.

Mereka yang akan pergi meninggalkan dunia ini sudah tentu akan takut bagaimana halnya dengan yang ditinggalkan di dunia seperti anak-anaknya yang masih kecil atau orang tuanya. Maka malaikat akan menenangkannya. Malaikat juga akan menyampaikan kepadanya berita gembira syurga.

Sudah tentu bagi seseorang yang akan meninggalkan dunia, hatinya akan berasa takut akan perjalanan yang akan ditempohinya. Dengan itu malaikat akan menenangkannya lagi bahwa mereka akan menemaninya di akhirat sebagaimana mereka menemaninya di dunia.

Maka roh mukmin tersebut akan dengan gembiranya Roh seseorang mukmin pula akan ditarik dengan lancar seperti air yang ditarik keluar. Roh tersebut akan dibawa ke langit dengan kain kapan yang harum dari syurga. Malaikat di langit akan bertanya siapakah itu, dan malaikat yang mebawa roh tersebut akan menyebut namanya dengan nama yang baik.

Bagi yang tidak beriman, mereka akan mengalami yang sebaliknya, melihat sebegitu banyak malaikat yang berwajah menakutkan menantinya. Rohnya akan lari ke serata badan kerana tidak mahu ditraik dan roh tersebut akan ditarik dengan kasar. kemduain roh itu akan dibawa ke langit dengan kain kapan dari neraka yang berbau busuk. Setelah itu roh tersebut kemudian akan dicampak ke bumi.

Begitulah secara umunya pengisian yang pertama. Ini adalah ringkasan kerana masa tidak mengizinkan untuk menulis lebih panjang lagi dan tiada rakaman audio dapat dibuat.  Sesi tersebut mengambil masa 30 minit sahaja.

Sambungan sesi seterusnya ialah pada hari Jumaat (28 Ogos 2009), selepas solat terawih di Al Fanar, insyaAllah.

 kubur.jpg

Gambar hiasan : Satu hari setiap dari kita pasti akan menghadapi kehidupan di alam barzakh…bagaimanakah persiapan kita?

Posted in Ceramah | Leave a Comment »

Video Ceramah Dr. Mohd. Asri di Doha

Posted by Admin on 29 March, 2009

Hyperlink untuk file-file ceramah (format divx) di Doha (27/3/09) seperti berikut, hasil sumbangan Tn Hj Megat Ahmad Rithaudeen:

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6

Posted in Ceramah | Leave a Comment »

Kisah-kisah Pemuda Islam

Posted by Admin on 21 March, 2009

Kisah2 pemuda Islam, pengabdian diri kepada Allah. Khutbah Jumaat dalam bahasa English di Al-Fanar disampaikan oleh Abu Musa, Boleh didownload di sini. Terima kasih kepada yang merakam dan menyumbang.

Posted in Ceramah | 1 Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers