Usrah Ali, Qatar

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” -Surah az-Zariyat: 56

Archive for the ‘Bantuan Kepada Yang Memerlukan’ Category

Update Saudara Kesuma

Posted by Admin on 11 April, 2009

UPDATE :

17 April 2009 : Alhamdulillah, saudara Mohd. Kesuma telah selamat sampai di Malaysia dan sedang menjalanai rawatan di HUKM. Beliau dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Malaysia Qatar yang banyak membantu sewaktu mereka di sini.

Khamis, 16 April 2009, 10.45 mlm. Saudara Mohd. Kesuma dalam perjalanan ke lapangan terbang dan akan balik malam ini insyaAllah. Kita doakan supaya beliau selamat sampai ke Malaysia insyaAllah.

Petang tadi, 11 April 09, saya dan isteri, saudara Adam dan Rizal telah melawat sdr. Mohd Kesuma. Bahagian kiri badan beliau belum boleh digerakkan lagi, tetapi beliau kelihatan ceria dan banyak bercerita dan berjenaka. Setiap pagi, beliau menjalani fisioterapi.

Saya difahamkan rakan2 saudara Mohd. Kesuma di Iran memantau perkembangan saudara Kesuma melalui blog ini. Berikut adalah gambarnya yang terbaru buat rakan2nya di Iran!

 kesuma

Marilah kita sama2 mendoakan beliau lebih cepat sembuh. Selain dari itu rakan2 digalakkan melawatnya sekali-sekala bagi memberinya dan isteri sokongan moral.

 

Posted in Bantuan Kepada Yang Memerlukan | 2 Comments »

Bantuan untuk Saudara Kesuma dan Isteri

Posted by Admin on 8 April, 2009

Berikut saya ambil dari pengumuman MAQ dan bersaam sedikit update:

Dear MAQ members,

To seek donation and contribution for En Mohd Kesuma
Name : Mohd Kesuma
Age : 35 yrs o l d
Occupation : Proton’s Engineer

Chronology:
- Proton’s Engineer on working assignment (setting up Proton Assembly Plant) in Iran
- Having medical history (Hypertension) and further diagnosis with Swollen Heart/Feet whilst in Iran
- Recommended for further treatment in KL
- On transit at Doha Airport together with another colleague, destined to KLIA, had “Stroke” at Doha Airport
- Admitted to HMC (ICU)
- Stabilized and now out from ICU (since last Friday, 27 March)
- Admitted into room 501

Relative
Wife has been flown down by Proton and accompanying him
Wife stays at Gulf Paradise Hotel.

 

———————————————————————————————————————-

Update: MAQ telah menerima bantuan kewangan dari rakan2 dan sebahagian telah diserahkan kepada isteri Mohd. Kesuma, June, yang menemaninya. Mohd Kesuma sekarang ini masih di HMC dan menjalani rawatan fisioterapi. Keadaannya maish belum kuat dan memerlukan lebih rawatan dan tinggal lebih lama lagi di Doha. Rakan2 digalakkan untuk melawatnya dan isteri serta memberi sokongan moral. Ramai juga rakan2 yang telah membantu dari segi menyediakan makanan, dan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan oleh isterinya. Kaum ibu digalakkan untuk menemani June dan bertanyakan jika ada apa2 yang diperlukan dan mungkin membawanya untuk membeli barang keperluan dan sebagainya. Juga jika ada sebarang bahan bacaan ringan dalam bahasa Melayu, bolehlah diserahkan padanya bagi mengisi masanya. No mobilenya adalah 5398018. Semoga Allah meredai usaha kita.

Posted in Bantuan Kepada Yang Memerlukan | 1 Comment »

DERMA KILAT BAGI KELUARGA SAUDARA NAJIB ALI

Posted by Admin on 19 March, 2009

Saya baru dimaklumkan mengenai cadangan membantu keluarga Najib Ali (yang bekerja dan tinggal di Dukhan) yang memerlukan bantuan kewangan dari kita untuk menghantar anaknya, Manja, pulang ke Malaysia bersama keluarganya.

Seperti yang ramai antara kita sedia maklum, anaknya sedang menjalani rawatan bagi penyakit leukemia. Rawatan perlu diteruskan di Malaysia.

Belanja yang diperlukan ialah harga tiket bisnes utk 2 orang (7,800 x2), dan ekonomi untuk 3 org (2,700 x 3). Kesemuanya berjumlah QR 23,700.

Saudara Najib, insyaAllah, akan menemani anaknya pulang hujung minggu ini diikuti oleh ahli keluarga yang lain dalam masa 2-3 hari kemudian. Anak2nya yang datang dari malaysia telah ada tiket masing2.

Oleh kerana masa yang sangat suntuk, insyaAllah saya akan buat kutipan cash esok selepas solat Jumaat, di basement meletak kereta, Masjid Al-Fanar. Bagi sesiapa yang tidak solat di Al-fanar, sila sampaikan kepada rakan yang lain. Harap maaf, kita tak mengalakkan eletronik transfer kerana hujung minggu bank tidak beroperasi dan ada had pengeluaran tunai dari ATM.

Sila sebarkan kepada rakan2 yang lain melalai SMS  “Derma kilat bagi keluarga Najib Ali esok InsyaAllah di AlFanar, sila rujuk http://usrahali.wordpress.com”

Kita doakan segalanya berjalan lancar dan adik Manja pulih sediakala. Amin.

Segala maklumat mutakhir saya akan letakkan di halaman ini insyaAllah. Harap maaf pada sesiapa jika tersalah susun kata. Ini saja maklumat yang saya ada, untuk keterangan lanjut, bolehlah cuba menghubungi rakan2 kita di Dukhan. Terima kasih, semoga Allah membalas kemurahan hati tuan2 dan puan2 berlipat ganda.

Yang menyampaikan,

Zaim

5542637

Update: Memandangkan keadaan kesihatan Manja yang belum begitu stabil, dia telah dibawa pulang ke Malaysia dengan air ambulance, ditemani oleh ayahnya, Ahli keluarga yang lain telah menyusul dengan penerbangan biasa. Sebarang bantuan kewangan yang diterima insyaAllah akan mengurangkan beban kewangan saudara Najib Ali. Dan teruslah kita doakan yang baik-baik untuk keluarganya.

Posted in Bantuan Kepada Yang Memerlukan | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 124 other followers