Tempat : Barzan 2 Clubhouse, selepas solat Isya’
Pada hari tersebut, kita dikejutkan berita pemergian ayah kepada Hj. Hazali Abd. Aziz, innalillahi wa inna ilaihi raji’un, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Majlis dimulakan dengan jamuan dan diikuti oleh tayangan clip video berikut:
Video clip tersebut menunjukkan temuramah bersama seorang rakyat British yang tertarik kepada Islam dan memeluk agama Islam. Semoga cintanya kepada Islam menjadi ikutan ramai.
Ia kemudian diikuti oleh agenda utama, iaitu ceramah oleh Ustaz Amir bertajuk “Rasulullah s.a.w. sebagai ketua keluarga”. Ceramah tersebut boleh didownload dari sini. Semoga ia dapat diamalkan oleh kita.
Kemudian Hj. Mohd. Ismail Omar membuat presentation ringkas perkembangan agihan myinfaq.
Sebelum majlis ditutup, sesi taaruf dibuat bersama saudara Norkhairil, Arbain dan Zaharin. Salam perkenalan dan semoga silaturahim kita berterusan insyaAllah.
Jazakumullah khairan kasiran kepada tuan rumah, sdr Norkhairil Mohamad dan isteri!