Pembentangan perbincangan kumpulan bertajuk "Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak"
Posted by Admin on 18 December, 2009
Lokasi : Compound Zahratul Wadi
Masa : 7.30 mlm, 17 December 2009
Alhamdulillah, program pada malam tersebut berjalan lancar walaupun ada sebahagian ahli-ahli tegar tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jutaan terima kasih diucapkan pada saudara Sofian (Rasgas) Abd. Hashim dan saudara Hafiz Atan yang mewakili kumpulan mereka membuat pembentangan. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan input dalam perbincangan pada waktu sebelumnya dan pada malam tersebut. Kita juga berterima kasih kepada Tn Hj Arbain dan warga Zahratul Wadi yang membantu pada malam tersebut. Jazakumullah khairan kasiran.
Banyak perkara penting yang dibincang dan dibentangkan pada malam tersebut. Sukar untuk saya membuat rumusan kerana semuanya agak penting, tetapi sebahagian panduan penting adalah seperti berikut:
- Tarbiah dari awal adalah penting
- Adalah penting ibu bapa mendoakan anaknya. Doa seorang bapa pada anaknya tidak ditolak.
- Ibu bapa hendaklah memberikan contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan Islam adalah cara hidup, bukan Islam apabila solat dan puasa sahaja. Ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang baik untuk pembesaran anak yang saleh.
- Berhati-hati terhadap anasir dan cabaran-cabaran sedia ada seperti rakan-rakan, persekitaran, hiburan, internet dan sebagainya.
- Peruntukkan masa untuk tarbiah anak.
Ada juga soalan diajukan sewaktu perbincangan iaitu bagaimana mendisiplinkan anak-anak untuk solat dan bukan mereka solat sekadar mekanikal/ritual tanpa khusyuk. Antara input yang diberikan oleh ahli usrah ialah:
1. Pertama sekali, pastikan anak-anak belajar cara solat yang betul seperti mana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
2. Apabila tiba setiap waktu azan, pastikan anak-anak solat
3. Kejutkan mereka untuk solat pada waktu subuh dan bapa pergi solat di masjid sebagai contoh kepada anak-anak.
4. Tahu makna bacaan solat bagi mendapatkan khusyuk. Belajar bahasa arab walaupun sekadar untuk melakukan ibadah adalah penting.
5. Khusyuk untuk solat adalah sesuatu proses yang mengambil masa dan berterusan.
Antara bahan-bahan yang dibentangkan pada malam tersebut
verignac said
Salam….well done! Good info especially to all parents.
Sufyan said
mmg mantap sungguh persembahan & pembentangan dari perbincangan “picnic” di Aspire Park. smg mndpt ganjaran yg terbaik dariNya.